Rendang Daging

Wednesday, September 05, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ni masuk hari ke tiga saya berpuasa. Orang lain ramai yang dah habis puasa, saya baru nak mula. Nak buat macamana kan, ada aral melintang di tengah jalan di awal Syawal, bukan boleh di elak-elak ^..^ Emm, Rendang Daging ni saya masak semalam. Bila tengok resepi ni di upload oleh Mas tempoh hari, terus rasa nak cuba. Lagipun, boleh juga langsaikan saki-baki rempah kurma yang dah nak dekat tarikh lupus ni, hik hik. Nampak sedap sangat rendang tu kat dalam blog Mas. Nak mintak sikit tangan tak sampai, jadi kena lah buat sendiri.

Saya mohon izin share resepinya di sini pula untuk rujukan akan datang.


 
Rendang Daging
Rujukan: Dapur Mas



Bahan:

1kg daging - dipotong kecil
2 peket kecil rempah kurma
1/4 cawan kerisik  
1 biji kelapa - ambil santannya
Garam secukup rasa
Gula melaka @ gula - saya guna brown sugar 
Sedikit air asam jawa
 
Bahan kisar:

2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1-1 1/2 cm halia
1-1 1/2 cm lengkuas
15-20 biji cili kering
  
Bahan di Mayang:

3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit

Cara:

Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan rempah kurma.
Tumis lagi hingga berbau.
Masukkan daging , kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Masukkan santan. Bila agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Bila daging dah betul-betulembut, masukkan kerisik dan gaul rata.
Akhit sekali masukkan daun yang di mayang, biar hingga kuah pekat dan kacau selalu.


Perhatian : Masak hendaklah dengan api perlahan.

Wassalam...

2 comments:

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS