Fried Fussili

Tuesday, September 04, 2012




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Ahad lepas, kami bersantai-santai aje kat rumah tanpa aktiviti tertentu. Kawasan taman perumahan ni pun agak sunyi sebab ramai yang mengambil peluang menyambung cuti raya sebab cuti panjang hujung minggu. Hari Sabtu, rasanya macam banyak pulak makan nasi. Tengahari kami pekena nasi kandar kat Tesco, malam pulak buat sop tulang campur dengan sayur. Jadi hari Ahad rasanya nak buat mee goreng. Tapi stok mee tak ada pulak, nak goreng mihun rasa macam tak ada mood. Fusilli pasta ni saya beli Isnin lepas sebab memang ada plan nak goreng aje. Jadi saya goreng aje lah hari Ahad lepas untuk makan tengahari. Menu yang sangat simple buat alas perut. Kena pulak ngan kopi ais...sesuai bebenor lah tu. Buat ni saya main campak aje dan main tuang aje kicap dan sos yang ada dalam fridge tu. Janji hasilnya sedap & boleh dimakan.


Fried Fussili
Sumber: mymintroom

Bahan: 

2 cawan Fussili pasta
3 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - hiris
Dua sudu cili kering yang dikisar
Fish cake/ fish ball
Kiub ayam  (1/2) - kalau suka
Sos tomato 3 sudu besar
Kicap manis 3 sudu besar
Kicap masin 2 sudu besar
Garam secukup rasa
Sayur sawi 
Cili api - untuk tabur kalau suka

Cara:

Didihkan air, masukkan garam pada air rebusan & rebus pasta sehingga empuk. Tos pasta & ketepikan. Simpan sedikit air rebusan.
Panaskan minyak  dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan fish ball/fish cake. Gaul dan biar sebentar.
Masukkan kicap dan sos serta garam secukup rasa.
Masukkan pasta fussili serta sayuran dan gaul hingga sebati. Boleh juga masukkan air rebusan untuk pekatkan pasta.

 

Wassalam...
 

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS