Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Semasa nak balik dari kampung minggu lepas kerana menghadiri majlis perkahwinan adik kepada anak saudara, sempat saya gait buah mangga kat belakang rumah mak mertua. Dapat 2 biji yang sesuai untuk di peram. Buah yang lain tu masih muda sangat lagi. Kena biar dulu bergayut kat pokok tu. Masa menggait buah tu pun dah kecur air liur membayangkan kemasamannya.
Emm tak sempat peram pun saya dah korbankan sebiji dari 2 biji buah tersebut. Mengacar lah kita. Buah mangga campur epal ==> Acar Mangga-Epal. Boleh tahan jugak. Ada kelainan sebab ada rasa masam dari mangga dan manis dari epal.
Acar Mangga-Epal
Bahan:
1 biji
Epal merah – hiris nipis
1 biji
mangga epal @ mempelam- racik
1 biji
bawang besar – hiris nipis
1 sudu
besar udang kering – tumbuk kasar
Cili
api 10 bj - hiris
Garam
, gula secukup rasa – saya guna brown sugar
2 sudu
besar cuka @ perahan jus limau nipis – ¼ cawan
Cara:
Campurkan
semua bahan dan gaul. Seimbangkan rasa. Elok disediakan ½ jam sebelum makan.
Wassalam...
salam Mar..
ReplyDeletesedapnya acar tu akak pun ada ni mangga, epal pun ada jugak macam nak tiru je mesti sedap kan
Salam Kak, memang sedap kak...tapi akak racik epal tu macam mangga gak baru lebih sebati nanti...
ReplyDeleteSalam kak :D salam hujung minggu!!! Sedapnya mesti krup krap epal tuu yg buatkan kita terasa nk mkn jer itu jam :D tak pernahbuat acar lg guna epal nanti boleh cuba :))
ReplyDelete