Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Alkisahnya, Puding Cocktail Custard ni saya buat Jumaat lepas sebab nak "make full use of" satu tin fruit cocktail dari hamper yang kami terima dari seorang kawan seminggu sebelum raya hari tu. Kebetulan hari Jumaat ibu mertua dan kakak ipar berkunjung ke rumah, jadi saya sediakan Puding Cocktail Custard ni buat pencuci mulut. Baru hari ni teragak nak post kat sini. Resepinya saya perolehi dari blog Cik Siti Delima. Izinkan saya share di sini pula ya..
Bahan Puding:
1 cawan tepung kastard
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula pasir
Cara membuat puding:
Larutkan gula pasir bersama air,
susu cair dalam periuk dan kemudian masukkan tepung kastard. Kacau rata dengan
senduk kayu hingga tidak berketul.
Masak di atas api yang sederhana
dan kacau selalu sehingga menjadi pekat dan berkilat.
Tuang ke dalam bekas acuan atau
pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu supaya mudah untuk
mengeluarkan puding itu nanti.
Biarkan hingga puding sejuk
sedikit kemudian simpan dalam peti sejuk.
Bahan Kuah Cocktail:
Bahan Kuah Cocktail:
1 tin susu cair
1 tin mix fruits cocktail
1 1/2 tin air masak
4 sudu besar gula pasir
Cara membuat kuahnya:
1 tin mix fruits cocktail
1 1/2 tin air masak
4 sudu besar gula pasir
Cara membuat kuahnya:
Campurkan semua bahan kedalam
periuk.
Kacau sebentar dengan api yang
kecil untuk melarutkan gula - tak perlu hingga mendidih.
Tutup api dan tuang dalam bekas
bersih. Setelah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
Hidang puding bersama kuah
cocktail dalam keadaan sejuk.
Wassalam..
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas komen yang segar