Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Apam Pisang ni buat malam tadi untuk kudapan (sarapan) pagi ni. Pisang Abu banyak, saya dapat dari pokok kat belakang rumah. Nak offer pisang mentah kat jiran time raya ni macam tak kena lak. Dia orang pun tak ada kat rumah. Maklumlah cuti hujung minggu mungkin ada yang pergi kenduri atau ke rumah terbuka. Jadi sebelum pisang ni busuk gitu aje saya lenyekkan semuanya, masukkan dalam bekas-bekas kecil, lepas tu masukkan dalam freezer. Bila nak guna nanti barulah lah "defrost" balik. Bolehlah buat cekodok ke, muffin ke , lempeng atau apa-apa sajalah. Sebenarnya dapat dalam 5 bekas tapi satu bekas dah buat cekodok pagi semalam dan satu lagi buat apam. Satu bekas ni boleh isi dalam 2 cawan pisang lenyek jadi senang lah bila nak buat apa-apa kuih saya dah tahu sukatan pisangnya.
.
Semalam dah buat cekodok untuk sarapan, jadi hari ni sarapan dengan Apam ni yang saya kukus malam tadi. Esok? Pisang lagi ke? Heh heh...tak tahu lagi...
Kiki bedal satu apam ni pagi tadi lepas tu terus pergi padang. Nak cepatlah tu, kelam kabut nak cuba bola yang baru beli semalam. Bola yang di beli hasil dari duit raya. Share bertiga dengan kawan katanya, RM20 seorang. Kami hantar mereka bertiga ke Al Ikhsan berdekatan Tesco semalam untuk membeli bola tu. Suka betul dia orang bila dapat bola baru. Pagi ni, lepas Suboh tak tidur balik sebab semangat nak main dengan bola baru.
Okay lah melalut pulak sampai ke bola. Resepi Apam ni saya copy dari Google tapi lupa pulak nak copy nama tuan punya nya. Maaf ya...Kalau saya terjumpa balik resepi tu, saya akan tuliskan namanya di sini nanti.
Apam
Pisang
Bahan:
1
cawan pisang yang dah dilecek
1cawan
susu cair/segar
1
cawan gula
2
cawan tepung gandum
2
sb soda bikarbonat
secubit
garam
Cara:
Masukkan
semua bahan-bahan dalam satu bekas. Kacau sehingga semua sebati. Perap selama 2 jam. Masukkan dalam bekas cupcake. Kukus selama 20 minit.
Wassalam..
Salam Aidilfitri.....
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah ke blog cik ina ye.
Salam AidilFitri,
ReplyDeletesama-sama kasih. Saya memang selalu singgah blog Cik Ina. Suka baca story walaupun kadang-kadang susah nak faham hi hi...terimkasih kerana join...