Banana Chocolate Muffin

Saturday, September 22, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Selamat berhujung minggu. Buat apa tu? Dah sarapan? Saya baru lepas sarapan, Nasi Goreng bersama Roti Telur aje. Air, biasalah Nescafe. Can't start the day without it.  Malam tadi hujan. Kat luar pun mendung aje pagi ni. Orang kat dalam rumah pun mendung gak lah. Ngadap lappy jap sambil jenguk-jenguk rumah orang. Lepas tu nak ke "office" balik...banyak kerja menanti.

Dengan terletaknya muffin ni kat atas meja maka ini kira last batch penggunaan stok pisang yang ada dalam fridge. Fuhh...!Lega....Tapi hari ni muffin ni dah tak de lah atas meja ni, sebab buat hari Khamis. Buat setengah cawan pisang je. Tu je yang tinggal pun.


Suka gak buat muffin sebab tak banyak masa yang perlu diluangkan untuk penyediaannya. Lagipun mudah aje nak buat. Campur-campur bahannya dan scoopkan dalam cup...siap untuk dibakar.


Untuk kali ini saya masih memilih resepi dari blog Nannie. Saya C&P resepi ni dalam file saya dah lama tapi masa tu lupa nak copy sekali direct link ke resepinya cuma link ke blog saja. Sorry ya Nannie...


Adunan ni dapat dalam 12 cup. Boleh le buat kudapan minum petang bersama teh O. Memang yummy dan moist serta tak terlalu manis. 


Banana Chocolate Cup Cake
Sumber: Resepi Nannie

Bahan A - Diayak & disatukan

130gm tepung gandum
200 gm gula - saya guna 180 gm saja
35 gm unsweetened serbuk koko
1/2 sudu kecil garam halus
3/4 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 sudu kecil baking powder

Bahan B :

1/2 cawan pisang masak yg dilenyek
60 ml minyak zaitun/sayur
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur size A
60 ml susu full cream
120 ml air suam

Cara :

Panaskan dulu oven pada suhu 180'C (saya guna suhu 150 Celcius)
Ayak serta gaul mesra semua bahan A dan di ketepikan . Lenyek pisang dan ketepikan.

Dalam bekas yang sesuai pukul telur sehingga telur putih dan merah bercampur mesra tak perlu pukul lama sangat dalam 2-3 minit saja kemudian masukkan pula esen vanilla , susu , minyak zaitun , pisang yang dilenyek dan kacau semua bahan sehingga cukup mesra - jangan dipukul ya, hanya gaul guna spatula .

Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan masukkan juga semua air . Dengan mengguna spatula atau senduk kacau semua bahan sehingga cukup mesra dan sebati

Adunan kek ni memang seperti bancuhan pancake yang agak cair . 

Susun paper cup dalam loyang pembakar . Kemudian boleh la dimasukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh - Saya isi lebih sikit pada 3/4 sebab suka tengok muffin yang terbojol cam tu...macam mata ikan merah hik hik)
Bakar selama 15-20 minit dalam suhu 180'C atau sehingga kek masak - (saya bakar pada suhu 150 Celcius selama 20 minit - ikut jenis oven masing-masinglah ya).
Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .


Okay...SELAMAT BERHUJUNG MINGGU....! Nak ke daerah lain pulak...banyak tugasan menanti...


Wassalam..

2 comments:

  1. salam Mar...
    terima kasih byk2 sbb sudi jenguk, 4low n letak link dapur Nasya.
    Nanti Nasya letak dapur Maz kat dapur Nasya ekk...
    semoga perkenalan kita berpanjangan hendaknya..Aminn

    ReplyDelete
  2. Salam, ok terimakasih. Salam perkenalan...

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS