Sop Kepala Ikan Merah ...lega rasanya...

Tuesday, August 28, 2012


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pagi semalam sibuk dengan operasi perbankan selepas seminggu beraya. Pelik juga bank pun masih agak lengang. Kalau tahun-tahun lepas, hari pertama selepas cuti panjang mesti bank pun penuh dengan pelanggan yang berurusan, tapi tidak kali ni. Lega, cepat sikit selesai urusan di 3 buah bank dan lepas tu beli vitamin kat farmasi. Vitamin D intake yang dah 3 hari terhenti sebab stok habis. Tepat 1 jam selesai semua urusan terus ke Mydin untuk beli barang dapur. Pergi kali ni tak ada apa-apa rancangan tertentu cuma nak tambah stok bawang-bawang, sayur-sayuran dan buah-buahan saja. Stok daging & ayam masih berbaki jadi tak perlu beli. Lagipun seminggu raya asyik bedal ayam & daging dengan segala macam makanan yang kandungan lemaknya emmm boleh tahan tingginya.

Ronda punya ronda ternampak kepala ikan merah betul-betul tinggal satu. Nampak fresh lagi, saya pun ambil satu. Sambil tu ambil jugak ikan kembong dan ikan cencaru. Ha, minggu ni minggu ikan. Sepanjang bulan puasa pun kurang makan ikan. Ikan tak berapa nak jalan time puasa. Jadi seminggu lepas raya ni kena tukar selera lah sikit. Dah banyak ikan saya jala, time to heading back home.

Sop Kepala Ikan Merah ni masak untuk makan malam semalam. Tengahari, jarang emm, bukan jarang masak memang kalau boleh tak nak masak pun tengahari kalau hari kerja. Kiki makan mihun goreng balance sarapan aje for lunch. Petang pulak buat roti hot dog kukus, resepi mudah snack yang baru dapat dari Puan Faizah (adik ipar), katanya roti ni jualannya very da bomb kat area Rawang. Lain kali kita share lagi pasal roti ni ya.  Jadi berbalik kepada Sop Kepala Ikan Merah ni, bila saya hidangkan untuk makan malam, Kiki kata, 'Macam tak best jer'. Saya jawab, 'Rasa dulu baru komen.' Bila makan, emmm, licin satu mangkuk... 'Ha,' saya kata, 'tadi cakap macam tak best'...Kiki sengih-sengih katanya,'Ingatkan ikan ni banyak tulang, tu sebab Kiki cakap macam tak best.'



Sop Kepala Ikan Merah
Sumber : Mamarisya (myresepi)
Di olah semula: mymintroom

Bahan: ( 2-3 orang )

Kepala ikan merah - dibersihkan
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih (bhn bertanda* dihiris)
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)- saya ganti dengan cili api
1 sudu besar minyak masak
½ sudu kecil garam 
Sop bujut ikan (Adabi) - ini saya tambah
3 batang serai- dititik
Sedikit daun sup dan daun bawang (dihiris)- saya tak letak
1 keping asam gelugur- saya ganti dengan jus 3 biji limau kasturi
5 gelas air
2cm halia (dihiris)
Optional : Lobak Merah & Tomato - saya tak letak tapi ganti dengan sayur kobis panjang dan cendawan putih
2 sudu besar sos ikan - ini saya tambah

Cara:

Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, serai dan halia sehingga naik bau. 
Kemudian masukkan 5 gelas air dan sop bujut. Bila dah mendidih masukkan ikan.
Setelah ikan agak masak, masukkan garam & gula secukup rasa, sos ikan, cili api dan sayur serta cendawan. Akhir sekali masukkan perahan jus limau kasturi.
Tunggu seketika kemudian angkat.

 Oleh kerana saya dah masukkan sayur sekali dalam sop ni, tak payah lah masak sayur lain dah. Mudahkan. All in one.

Wassalam...


1 comment:

  1. Ikan merah mmg sesuai buat sup. Kat sini ada restoran yg gunakan ikan merah utk buat sup gulai style sendiri, sedap.

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS