Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Apa khabar semua? Masih dalam mood raya ke? Mungkin waktu hari bekerja, mood raya tu kurang sikit tapi bila tiba hujung minggu tambahan pulak minggu ni cuti 3 hari, mood raya tu mesti datang balik. Sementelahan ada pulak yang menjemput ke rumah terbuka atau mengadakan sendiri rumah terbuka buat handai & taulan di hujung minggu ni. Bagi yang dah habis puasa sunat Syawal tu mungkin nak masak special sikit buat meraikan kejayaan diri menahan lapar & dahaga di hari raya.
Dalam kita merayakan hari yang mulia ni, saya nak menaikkan sikit semangat nasionalisme maklumlah esok kita nak menyambut hari merdeka kali yang ke 55. Kita share serba sedikit mengenai sejarah kelahiran nama Jalur Gemilang yang saya petik dari sumber oleh Putera Wangsa....
Jalur Gemilang yang dilihat sekarang
sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu,
merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu
pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan
dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika
itu, Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan
Persekutuan. Pada 15 November 1949, Jawatankuasa
ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan
untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai
pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima
manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11
bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan
arkitek Jabatan
Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur
biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat
pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada
22 dan 23 Februari 1950. Sebelum kekal dengan rekaan
sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang
meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.
Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu. Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.
Fakta Jalur Gemilang
- Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Idris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995.
- Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara.
- Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996.
- 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.
- Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan Tun Dr Mahathir, pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
- Maksud lambang dan warna;
- Lambang Jalur
pada bendera menggambarkan satu laluan lurus, hala tuju dan arah yang sama
dianuti rakyat negara ini.
- Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.
- Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan, biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala warna kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.
- Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.
- Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan, biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala warna kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.
Sumber : Putera Wangsa
Ha,,, saya pasti ramai di antara kita tak begitu hafal lagu Jalur Germilang ni yang selalunya kerap berkumandang di ambang hari kemerdekaan saja. Jadi saya share kan di sini buat tatapan semua.
Jalur
Gemilang (Ciptaan: Pak Ngah / Lirik: Siso Kopratasa)
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
Jalur gemilang
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
Jalur gemilang
Sumber : Jalur Gemilang
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas komen yang segar