Puisi Kampung Halaman

Tuesday, August 07, 2012

Air Terjun Sepri


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dua hari ni badan rasa tak berapa sedap. Masak untuk berbuka pun ala kadar aje. Tu yang malas nak post tu sebab menu yang pernah masak sebelum ni. Petang-petang ni rasa macam nak berpuisi pulak. Idea pulak datang sementara tunggu masuk waktu solat Asar.

Puisi - Aku Rindu Kampung Halaman 

Jalan belok ke kiri menuju kampung sejenak terbayang di mataku
Kampung tempat kami sekeluarga  bertapak puluhan tahun dahulu

Kampung yang pucuk padi pernah menari lemah gemalai
Pucuk Nyiur turut melambai
Di sapa sang angin nan membelai

                                 Aku rindu kampung halaman....

Di sekelilingnya bukit tak tergapai
Bukit yang dulu kemewahan terungkai
Dedaunan hijau melambai
Di alun angin membelai
            
                                 Aku rindu kampung halaman....

Terbayang keindahan di malam hari
Tatkala cengkerik bersahutan dan berbunyi
Bagai alunan irama pengubat sunyi
Penghilang rasa sepi di hati....

                                Aku rindu kampung halaman....

Nukilan rasa: MY Mintroom

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS