Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Apa khabar semua? Semalam Tok Imam baca do'a qunut pada solat witir, rupa-rupanya dah masuk hari ke 15 puasa. Sekejap je kan. Kita di Malaysia ni memang rasa sekejap aje waktu berlalu, lagi pun tempoh berpuasa cuma 13 jam. Nun yang duduk di negara Barat macam di Finland @ di Kutub Utara dimana waktu siangnya 20 jam, mak aii..dugaan betul. Semoga umat Islam di sana akan terus tabah menjalani ibadah puasa.
Mana yang nak balik beraya ke kampung dengan menaiki bas atau keretapi pasti dah lama tempah tiket masing-masing. Tunggu nak menapak naik aje. Tak sabo-sabo le tu.
Semalam seperti biasa saya gi beli stok dapur, nampak mangga kat tempat buah-buahan. Minggu lepas teringin nak minum Mango Lassi. Bila nampak buah mangga tu, terus je sambar 3 biji. Lepas tu cari yogurt. Susu ada lagi dalam fridge. 2 biji saya buat Mango Lassi, lagi sebiji simpan dulu. Lepas Maghrib, terus minum. Aduss, nikmatnya. Alhamdulillah, tertunai hasrat di hati sejak minggu lepas. Resepi ni saya ambil dari
blog Simplyrecipes.
MANGO LASSI
Sumber: Simplyrecipes
Bahan: dapat 3 gelas kecil
2 cwn yogurt (yang plain)1 cwn susu
2 cwn mangga yang di potong kiub
8 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis (optional)
Cara:
Blend semua bahan di atas dan sejukkan dalam peti ais. Tahan disimpan dalam peti ais selama 24 jam.Pisang Abu banyak lagi. Saya buat Sira Pisang seperiuk besar ni pas tu sedekah kat jiran-jiran. Lebihnya kami buat dessert lepas Tarawih. Makan ngan aiskrim macam kat bawah ni sedap gak. Macam banana split lak.
Saya tak pernah pun buat Sira Pisang ni. Surprise!
Resepi nya saya skodeng dari blog MakNgoh Selamoh.
Sira Pisang
Sumber: Makngohselamoh
Bahan-bahan-:
Pisang (ikut suka le pisang apa)
Gula melaka atau gula batu atau gula biasa
Daun pandan
Beberapa kuntum bunga cengkih
Sedikit madu (optional)
Kapur makan
Secubit garam
Air
Cara:
Pisang dibelah dua. Kemudian direndamkan dalam air kapur lebih kurang setengah jam.
Daun pandan
Beberapa kuntum bunga cengkih
Sedikit madu (optional)
Kapur makan
Secubit garam
Air
Cara:
Pisang dibelah dua. Kemudian direndamkan dalam air kapur lebih kurang setengah jam.
Bersihkan pisang yang telah direndamkan air kapur tu dan toskan.
Masukkan air ke dalam periuk. Banyak air bergantung kepada citarasa anda.
Masukkan gula. Gula tu ikut suka anda nak pakai jenis gula yang mana. Saya letak gula batu dan gula melaka.
Masukkan secubit garam.
Biarkan mendidih. Kemudian masukkan pisang yang telah ditoskan tadi.
Masukkan madu.
Masukkan bunga cengkih dan daun pandan yang telah diracik-racik.
Biarkan seketika dan angkat.
Masukkan bunga cengkih dan daun pandan yang telah diracik-racik.
Biarkan seketika dan angkat.
Mee Ladna ni dah lama tak makan. Last sekali masa umur saya 18 tahun makan di Kuantan. Lepas tu tak pernah buat dan tak pernah beli pun. Tapi bila mee ada lagi separuh bungkus lebih buat Mee Hailam kelmarin, saya pun buat le Mee Ladna ni. Saya kata kat suami, dua jenis mee ni ( Mee Hailam & Mee Ladna ) saya memang lama tak makan dan teringin nak buat, lagi pun bahan semua ada. Dia kata wokey.
Resepi Mee Ladna ni saya ambil dari blog QasequQuinnie dimana beliau rujuk dari Kakpah@Ibundo.
Mee Ladna
Sumber : QasehquQuinnie
Rujukan : KakPah@Ibundo
Bahan:
1 bungkus mee kuning ( saya buat 1/2 bungkus)
6 ekor udang sederhana besar (tak letak)
2 ekor sotong dipotong bulat (tak letak)
1 ketul dada ayam dipotong nipis
1 keping fish cake
5 biji fish balls dibelah dua
2 helai kobis cina
setangkai sawi
sedikit cauliflower
sedikit capsicum hijau dan merah dipotong dadu - saya letak cili merah yg dihiris
1 sudu teh lada putih
2 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
2 cawan air

1 kiub stok ayam - saya letak 1/2
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan - saya tambah
Cili api ketuk - saya tambah
Cara:
Panaskan
sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan mee kuning dan sos tiram.
Goreng sebentar sehingga sos sebati dengan mee. Angkat. dan masukkan ke
dalam mangkuk.
Tambah sedikit minyak lagi di dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih. Bila naik bau, masukkan ayam. Goreng sebentar dan masukkan fish balls dan fish cake.
Masukkan dua cawan air dan biarkan mendidih. Bubuh stok ayam dan lada putih.
Masukkan pula sayur-sayuran dan tepung jagung. Rasakan garam.
Kalau kuah kurang pekat, tambah sedikit lagi tepung jagung. Kalau air terlalu sikit, tambah air. Ikut selera sendiri.
Bila masak, curahkan ke atas mee di dalam mangkuk tadi. (saya masukkan meenya terus dalam kuah sebab terlupa hi hi)

Ini kuih yang paling kerap buat bila-bila masa bulan Ramadan; sebab yang pertama ianya senang dan sebab yang kedua semua pun suka. Selalunya saya buat 1 1/2 cawan tepung pulut aje.
Wassalam...
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas komen yang segar