Kesian pulak bila tengok belimbing buluh yang diimpot dari kampung ni dok diam membisu di atas meja. Jadi saya pun tanyalah kat makcik Google resepi apa nak di buat dengan belimbing ni. Cari punya cari, dapatlah resepi yang simple dan tak memerlukan saya ke kedai membeli bahan hi hi. Sambal Hitam Belimbing Buluh. itulah namanya resepi skodengan saya dari Amie's Little Kitchen (dari versi Mak Long) yang resepinya diambil Di Sini. Sambal hitam belimbing buluh ni cuma memerlukan bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili api dan garam serta gula secukup rasa. Kalau nak dibandingkan resepinya lebih kurang macam sambal ikan bilis tempoyak yang selalu saya buat, cuma sambal tempoyak tu saya perlu tambah kunyit, hidup, daun kunyit dan serai. Tapi dari segi penyediannya, sambal hitam belimbing buluh ni memerlukan masa yang lama. Nak tahu kenapa? Sebabnya, belimbing buluh ni mesti di rebus selama lebih kurang 4 jam bersama garam hingga rupanya menjadi hitam.. Mak aii lamanya.. Jadi hati-hati ya, nanti rebus punya rebus terus airnya kering dan hangus sebab terlupa. Kalau di kaji lagi ada berbagai versi pulak nak buat belimbing buluh tu jadi hitam..ada yang kata tak payah letak air tapi dipanaskan bersama asam keping dengan api perlahan hingga satu malam barulah dapat yang betul-betul kecut dan tahan lama.
Sambal ni sebenarnya sangat terkenal di beberapa daerah di Pahang seperti di Temerloh, Raub, Jerantut dan Kuala Lipis dan biasa juga di jamu sebagai pembuka selera di kenduri-kendara. Cik CT Nurhaliza, pun mesti biasa dengan sambal ni agaknya ya. Sambal nya di panggil begini pun sebab rupanya yang hitam setelah direbus lama. Sumber Di Sini
Saya menggunakan resepi dibawah kali ini...tapi jika diizinkan, nak cuba juga resepi yang belimbingnya direbus tanpa air macam yang saya skodeng kat Dapur Tanpa Sempadan tu...Di Sini
Bahan-bahan:
1 kg belimbing buluh
3/4 cawan ikan bilis
segenggam cili padi
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
garam & gula
minyak
Cara:
1. Rebus belimbing buluh bersama
sedikit garam selama 4 jam - sehingga airnya kering.
2. Goreng ikan bilis, bawang putih
dan bawang merah serta cili padi. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Tumbuk kesemua bahan yang
digoreng, tumbuk kasar-kasar saja.
4. Tumbuk atau lenyek2 sekali
belimbing buluh tadi.
5. Panaskan sedikit minyak dan tumis
kesemua bahan yang ditumbuk.
6. Tambahkan garam sekiranya belum
cukup masin semasa merebus belimbing buluh. Tambahkan gula ikut rasa
masing-masing.
7. Hidangkan bersama nasi.
Belimbing setelah direbus lama |
*Saya gunakan
separuh dari bahan-bahan di atas, sebab pertama kali mencuba...dan dinikmati bersama nasi panas-panas. Tapi rasanya memang mampu membuka selera tak payah
lauk lain pun tak apa hi hi...
kala kome bt x letok bwg putih..bhn2 yg laen teh sme je..cme time dh nok garing 2 letok kicap ckit.ermmpp sedaknyeee..ahaks
ReplyDelete