Belimbing Buluh

Monday, July 09, 2012


Assalamualaikum,
         Selamat bertemu di minggu baru. Maka bermulalah lagi minggu yang penuh dengan tugas dan tanggungjawab. Mana yang bekerja tu janganlah mengeluh ya...mulakan minggu anda dengan penuh semangat & dedikasi. Buat rakan-rakanku yang bekerja mendidik anak bangsa...semoga terus giat dalam profesion perguruan dalam memastikan anak-anak terdidik dengan sempurna.
        Balik ke kampung hari minggu lepas, tempat yang selalunya saya intai sebaik sampai di kampung ialah di belakang rumah mak mertua ku yang dikasihi, yang ada berbagai jenis pokok dan tanaman ulaman. Mata saya terus tertumpu ke arah pokok belimbing buluh yang letaknya yang paling dekat dengan pintu belakang rumah bonda. Mak aii.., lebat betul buahnya. Memang sebenarnya saya tunggu pokok ni berbuah.  Baru tak sampai sebulan lepas kami balik kampung pokok ni baru nak berbunga, sekarang buahnya cukup lebat. Melihat banyaknya buah belimbing buluh ni kat pangkal pokok pun dah terkecur lidah dek membayangkan tahap kemasaman buahnya. Saya pun apa lagi ambil beg plastik dan petik lah untuk dibawa balik nanti. Dah terbayang apa yang nak dibuat dengan buah belimbing buluh ni...antaranya sambal belacan dan gulai lemak cili api telor itik (salah satu masakan yang saya gemar sejak kecil lagi).



       Kalau di Indonesia buah ini dipanggil Belimbing Wuluh.Ketinggian pokok ini mampu mencapai hingga 10 meter dan mempunyai berbagai khasiat.

     Khasiat dan Manfaat Buah Belimbing Buluh antaranya untuk kesihatan dan bagi kecantikan. Dengan nama latin (avverhoa bilimbi) adalah jenis buah belimbing sayur, diberitakan asalnya dari benua Amerika tetapi ada juga yang berasal dari Kepulauan Maluku. Rasa buahnya asam sehingga membuat Belimbing Buluh kerap digunakan sebagai bahan campuran untuk mendapatkan rasa asam pada beberapa masakan.

      Manafaat belimbing buluh ternyata tak hanya setakat itu. Tanaman ini juga memiliki berbagai khasiat ubat bagi kesihatan dan kecantikan. Selain sebagai ubat batuk, belimbing buluh, Insyallah juga boleh digunakan sebagai ubat sakit gigi, jerawat, beguk, panau, sakit-sakit sendi dan darah tinggi.

     Belimbing sayur memiliki berbagai kandungan kimia, antara lain saponin, tanin, glukosid, kalsium oksalat, sulfur, asam format, peroksida, dan kalium sitrat. Dalam farmakologi Cina tanaman ini dikenal mampu menghilangkan rasa sakit, memperbanyak pengeluaran hempedu, antiradang, dan pelawas kencing.

Antara khasiat dan manfaat belimbing buluh:
  • Mengatasi batuk. Ambil bunga belimbing buluh sebanyak 25 kuntum, satu jari rimpang temu giring, satu jari kulit kayu manis, satu jari kencur, dua siung Bawang merah, 1/4 genggam pegaga, 1/4 genggam daun saga, 1/4 genggam daun inggu, 1/4 genggam daun sendok, dicuci dan dipotong-potong. Kemudian rebus dengan lima gelas air. Tapis ramuan rebusan ini dan minum dengan madu sebanyak 3 kali 3/4 gelas sehari.
  • Mengatasi batuk rejan/"whooping cough". Ambil sebanyak 10 buah belimbing buluh dicuci bersih, ramas dengan dua senduk air garam. Kemudian tapis dan minum dua kali sehari.
  • Ubat batuk pada anak. Segenggam bunga belimbing buluh, beberapa butir adas, dan gula secukupnya ditambah satu cawan  air. Campuran dibiar selama beberapa jam. Setelah dingin ditapis dengan kain dan dibagi untuk dua kali minum, pagi dan malam saat perut masih kosong.
  • Ubat beguk. Sepuluh ranting muda belimbing wuluh beserta daunnya ditambah empat butir bawang merah ditumbuk sampai halus. Kemudian ramuan dibalurkan di tempat yang sakit.
  • Untuk rematik/sakit sendi. Satu (1) ons daun muda belimbing buluh, 10 biji cengkih, 15 biji merica, digiling halus. Kemudian tambahkan cuka putih secukupnya hingga menyerupai bubur dan sapukan di tempat yang sakit.
  •  Untuk panas dalam badan, segenggam bunga belimbing buluh direbus dengan tiga gelas air hingga tinggal 2.5 gelas. Setelah sejuk tapiskan & diminum tiga kali 3/4 gelas.
  • Untuk ubat Jerawat. Ambil buah belimbing buluh secukupnya lalu ditumbuk halus. Ramuan diramas dengan garam secukupnya dan digunakan untuk menggosok muka yang berjerawat. Ubat panau, 10 buah belimbing wuluh dicuci lalu digiling halus. Tambahkan sedikit kapur sirih, diremas sampai rata. Ramuan digunakan untuk menggosok kulit berpanau sebanyak dua kali sehari.asimasakan.blogspot.com)
  • Ubat darah tinggi. Tiga buah belimbing buluh dipotong-potong, rebus dengan tiga gelas air sampai tinggal satu gelas. Setelah sejuk, ditapis dan diminum setelah makan pagi. 
  • Mengatasi sakit gigi berlubang. Lima buah belimbing buluh dimakan dengan sedikit garam, kunyah di tempat gigi yang berlubang.
Sumber: http://kreasimasakan.blogspot.com/2012/01/khasiat-dan-manfaat-buah-belimbing.html

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS