Kuih Lopes

Tuesday, July 10, 2012


Assalamualaikum,
     Menu malam ni Sop Tulang Kambing yang dimakan bersama roti. Risau pulak kot-kotlah ada yang ke dapur tengah-tengah malam nanti sebab lapar. Maklumlah selalunya kami sekeluarga makan nasi pada waktu malam pada hari kerja sebab tengahari masing-masing makan yang light saja. Jadi kalau dah tengahari light, malam pun light, takut tengah malam nanti perut masing-masing berkompang pulak. Pulut dan gula melaka pun ada dalam stok, jadi saya buat Kuih Lopes. Boleh lah Lopes ni jadi penyelamat kalau ada yang lapar nanti.
     Resepi dari My Resepi oleh tulip77.
  
Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam 
  • *** untuk air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sudu besar gula
  • 3 cawan air 


Cara
  • Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3 jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  • Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  • Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  • *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula. 
Silakan...

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS