Rasa tak lengkap pulak kalau tak disertakan dengan pemanis mulut sebagai penutup juadah sop tulang malam ni. Jadi yang simple saja, Tepung Talam dari blog My Resepi. Hai...asyik kuih tradisional je sejak dua tiga hari ni sampai suami pun tanya nak dapatkan feel bulan puasa ke? Saya senyum je.Tuan punya resepi ni khabarnya mencuba beberapa kali sambil meng'adjust'kan kandungan bahan-bahannya untuk mendapatkan ramuan yang tepat dan hasil yang memuaskan...Emm... menarik.
BAHAN A: bhgn bwh
1. Tepung beras dan 3 sudu besar penuh tepung gandum -jadikan 1 cawan.
2. Gula merah 150 grm,2 1/2 sudu besar gula putih, 2 cawan air dan sehelai daun pandan - dimasak sehingga mendidih-sejukkan.(ukuran gula kurang manis-tambahkan gula kalau nak manis).
3. Secalit kapur- bekas2 sahaja (jangan banyak sebab adunan akan menjadi keras).
4. Campur kesemua bahan sehingga sebati - tapiskan.(ukuran 1 cwn tepung dan 2 cawan air gula).
BAHAN B: bhgn atas
1. 1 kotak santan (cap ayam)-dicampur dgn air-jadikan 1 1/2 cawan.
2. Tepung beras 1/3 cawan -(2 1/2 sudu besar).
3. Garam secukup rasa.
4. Campur kesemua bahan sehingga sebati - tapiskan.
Cara-cara
1.
Panaskan pengukus.
2.
Loyang digris dgn sedikit
minyak.Masukkan bahan A.Dikukus 30 minit.
3.
Lepas 30 minit, jika adunan dah
masak tapi ada air kukusan diatasnya. pedapkan dengan tisu(kitchen towel).
Lorekkan dengan garfu supaya adunan atas boleh melekat.
4.
Masukkan bahan B keatas bahan A
dengan perlahan2.(kacau sedikit adunan B sebelum dituang).Kukus selama 30 minit
lagi.
5.
Apabila adunan dah masak tapi masih
ada air kukusan.Pedapkan lah dengan kitchen towel ok.
Disejukkan kuih ini terlebih dahulu sebelum
dipotong.Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas komen yang segar