Kuew Teow Akak

Saturday, July 07, 2012

Assalamualaikum,
Selamat pagi, pagi yang tenang, setenang air di tasik. Wah...melodrama la pulak. Pagi ni kita sarapan Kue Toew Goreng Akak. Nak habiskan stok kue teow & sawi dalam peti ais. Lagi pun tengahari nanti nak balik Sg Siput nak jenguk keluarga di kampung. Jadi, lebih baik selesaikan apa yang ada dalam peti ais sebelum terjadinya pembaziran.




Bahannya:
Mee Kue Teow sekati
Udang basah 9-10 ekor
Fish cake (opt, akak letak sebab ada stok)
Cili kering 6 biji (kisar)
Bawang merah 2 bj (kisar)
Kicap manis 1 TBS
Kicap pekat masin ( 1 TBS)
Sos tiram ( 1 TBS )
Sos tomato (1/2 TBS)
Sos cili ( 1/2 TBS)
Sawi 5-6 tangkai
Tauge 30sen ( akak tak letak sbb tiada stok, malas lah pulak nak ke kedai pagi-pagi ni)
Daun  sop (hiasan)
Telur sebiji (opt)
* Akak tak letak bawang putih. Kalau nak, letak seulas.

Cara:
Panaskan sedikit minyak dan goreng udang dahulu. Agak-agak dah merah keluarkan.
Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan sos-sos dan kicap tadi.
Masukkan fish cake dan udang.
Masukkan kue teow,sawi dan akhir sekali tauge.
Sebelum angkat, pecahkan telur dan kacau hingga cukup menyaluti kue toew sahaja. Kalau tak suka, tak letak pun tak ada masalah.
Sila....






No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS