Showing posts with label PIZZA. Show all posts
Showing posts with label PIZZA. Show all posts

Dough Balls Pizza

Friday, October 03, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Cakkk! Pizza lagi. Tapi kali ni terlebih rajin, buat dough balls kat keliling crust tu. Pizza ni ada tiga jenis cheese taww. Bertambah gemuklah mak asyik dok menternak lemak aje.

Saya memang kerap juga buat Pizza, lama dah tak beli Pizza di kedai. Psss...kadang-kadang teringin juga yang di kedai hihi. Tapi apa-apapun yang buat sendiri lagi puas makan sebab topping boleh letak suka-suka hati (macam kata Chef Amar).

Saya selalu menggunakan resepi yang sama untuk doh pizza saya sebab resepi ini mudah dan cepat. Uli doh pizza tak perlu uli sampai elastik macam uli roti. Cukup sekadar ia licin dan tak melekat di tangan selalunya dalam 10-15 minit.  Saya pernah buat guna doh yang sama macam doh roti tapi bagi saya doh tersebut tak sesuai untuk pizza crust sebab terlalu lembut dan gebu dan tak boleh menampung sos serta topping yang berat tu. Bila makan pun pizza crust tersebut terlalu gebu dan tak berapa chewy...tak besss. Sosnya pulak saya guna sos dalam tin aje iaitu sos spaghetti. Kalau rajin baru saya buat sos sendiri. Nanti lah...bila buat sos sendiri saya kongsikan di sini.


Resepi Dough Piza
(resepi ini untuk 2 keping pizza termasuk Dough Ball)

Bahan:

3 1/2 cawan tepung gandum
1 bungkus yis segera
1 sdb gula
sedikit garam
2 sdb olive oil
Air suam secukupnya

Cara:

Masukkan tepung dalam mangkuk besar. Buat lubang di tengah. Masukkan semua bahan kecuali garam. Tuang air perlahan dan gaul adunan. Masukkan garam dan uli sehingga menjadi doh. Teruskan menguli sehingga doh tak melekat di jari dan licin selama 10-15 minit. Tutup mangkuk dengan tuala bersih dan biar doh naik selama 1 jam. Bila doh naik 2x ganda, tumbuk-tumbuk doh tersebut untuk membuang angin. Bahagikan kepada 3 bahagian, 2 bahagian untuk 2 keping piza dan satu untuk dough balls.

Untuk Dough Ball Pizza canaikan satu bahagian doh tadi hingga selebar 9 inci. Letakkan dalam dulang pembakar. Bahagian yang lagi satu bulat-bulatkan sebesar bola golf dan isikan samaada mozarella cheese atau cream cheese (saya letak cream cheese), dan letakkan dough ball di sekeliling pizza crust. Jarakkan sedikit antara satu dough ball dengan yang lain sebab nanti dia mengembang lagi.

Biarkan dia naik semula dalam 20-30 minit. Bolehlah di sapu dengan sos dan letak topping kegemaran.
 Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit.


 Selamat Mencuba!

Braided Pizza

Wednesday, June 18, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Tak ada idea nak buat apa untuk sarapan? Boleh cuba Braided Pizza ni. 
Senang aje nak menyediakannya. Cara nak menyediakan doh piza sila rujuk SINI.

Sementara tunggu doh naik, boleh sediakan intinya. 

Bahan untuk inti:

3 sosej ayam/daging - hiris kasar
1 ulas bawang putih - dicincang
2 biji telur gred A - perasakan sedikit garam & kocak-kocakkan, ketepikan
2 tangkai oregano segar - cincang kasar
secawan cheese mozarella
Sos Cili
Sedikit Chili flakes

Cara:

Panaskan kuali dan pijarkan sedikit minyak masak, masukkan bawang putih, dan tumis hingga naik bau. Masukkan sosej. Masukkan telur dan oregano, tutup kuali dan biarkan hingga telur masak. Api perlahan aje ya...nanti hangus lak telur tu. Angkat dan ketepikan

Saya terlupa lak nak snap gambar semasa menyediakan Braided Pizza ni jadi
saya titipkan link  Ini untuk cara menyediakannya. Resepi doh yang saya gunakan boleh dapat 2 braided pizza. Jadi anda boleh sama ada gandakan bahan untuk inti di atas untuk dua piza atau boleh gantikan satu lagi dengan Bluberry filling bersama choc chip macam yang saya buat.
Untuk piza inti sosej di atas, bila dah canaikan doh, sudukan inti, taburkan chili flakes, taburkan mozarella cheese dan picitkan sos. Bila dah siap, sapukan dengan egg wash dan
bakar pada suhu oven 170 C selama 35-40 minit atau hingga keperangan.


 Selamat mencuba!



Pizza Dough - perfect everytime!

Wednesday, May 28, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Selalu jugak buat Piza, anak pun suka makan, saya pun sukalah nak buat. Untuk dohnya saya selalu menggunakan resepi yang sama ni, sampai resepinya pun dah ada dalam kepala.Tapi sosnya saya cuma menggunakan sos spaggeti yang ready made...malas nak buat sendiri. Kalau tak ada stok pulak saya akan campurkan sos tomato dan sos cili dengan kuantiti yang sama, lepas tu campurkan fresh oregano dan thyme yang ada banyak kat belakang rumah tu. Bila dibakar memang naik aromanya.
Toppingnya pulak selalunya apa-apa yang sesuai yang ada di dalam peti ais tu. Selalunya sosej atau minced chicken serta hirisan bawang dan sedikit fresh basil, dan jangan lupa cheesenya. Saya gunakan cheese Mozarella. Mudahkan!


Pizza Dough
Ingredients:
       1 envelope active dry yeast
                1 cup warm water, 110° F.
              1 1/2 teaspoons sugar
              2 ¼  to 2 1/2 cups all-purpose flour
        2 tablespoons olive oil
               1 teaspoon salt

Preparation:

Put warm water in a cup; sprinkle yeast over water and stir in sugar; let stand for about 10 minutes, or until it begins to bubble.
Combine 2 1/4 cups flour and salt in a large bowl; pour in oil and yeast mixture and stir until a stiff dough is formed. Turn dough out onto a floured surface; knead about 5 minutes, or until smooth and elastic. Add extra flour as needed to keep from sticking to hands and board.
Place in a large bowl greased with shortening or butter; turn dough over to coat the dough well. Cover with towel and let rise in a warm place for about 30 minutes. Dough should double in bulk. Punch down the dough and shape to fit a lightly greased pizza pan which as been sprinkled lightly with cornmeal (cornmeal ni saya skipped). Keep dough slightly thick around the edges. Fill with favorite filling and toppings and bake for about 15 to 20 minutes at 200°C. ( saya bakar selama 30 minit, suhu 165C atau hingga tepinya keperangan, saya sapukan bahagian tepinya dengan egg wash sebelum bakar).

Nota: Untuk resepi doh ini, boleh menghasilkan dua keping pizza bersaiz 9 inci.
Cheese Mozarella yang perlu dalam 200-250g.

Selamat Mencuba!

Writing about Pizza while thinking what's happening to morale values of today's youth...well not all of them...

Thursday, September 27, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Usually, if I am trying to express myself on certain things which are important, I prefer to use English medium. But not today...Marah bila memikirkannya?  Ya,  masih marah bila mengenangkan maruah dipijak-pijak.Tapi bila memikirkan yang dimarah adalah remaja yang masih mentah yang masih banyak perlu dipelajari, hati berkata, biarlah....ibu-bapanya masih ada. Biar ibu-bapanyalah yang menjalankan tanggungjawab mendidiknya. Itu lebih baik. Yang mampu kuberi hanyalah secebis nasihat dan ingatan sebagai sebahagian dari kelompok masyarakat yang belum tentu dipandang sebagai penting oleh anak ini. Nak ikut nasihat saya silalah...nak dibuang ke longkang pun, silalah. Sekelumitpun ianya takkan mengurangkan atau menjejaskan apa yang ada pada diri saya. 

Hah...rasa muak berbicara tentang perkara ini...jelak. Saya terus ke dapur semalam selepas hati sedikit reda. Saya percaya kalau fikiran dan hati kita runsing...ianya akan terpancar dalam makanan yang kita masak. Oh tidak sekali-kali saya akan membiarkan ia terjadi. So...bila hati reda baru boleh mulakan kerja.

Saya buat tiga keping pizza semalam. Dua untuk makan malam dan lagi satu saya keep for today's lunch for Kiki bila dia balik dari sekolah. Pizza yang bertoppingkan ayam dan cendawan butang. Ketiga-tiganya saya berikan nama Sedey, Mushy dan Gloomy which only I know why they were named in that manner.


Resepinya masih sama seperti yang saya pernah buat Di Sini. Cuma kali ini saya gandakan tepungnya ke tiga cawan (1 cawan tepung naik sendiri dan 2 cawan tepung gandum). Yis dan bahan-bahan lain pun saya gandakan ikut kuantiti tepung.


Okay...saya kena ceria-ceriakan diri selepas ini...my life needs to carry on..as normal....have better things to do than thinking about people who does not able to appreciate others and what others have done for them.

Wassalam...

Pizza lagi....

Friday, September 14, 2012




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sejak akhir-akhir ni banyak jugak berita berkisar tentang perbalahan dikalangan ahli keluarga sehingga mencederakan sesama sendiri dan ada yang sampai terjadi pembunuhan ke atas isteri, anak, saudara dan sebagainya. Kalau difikirkan ngeri dan kadang-kadang hairan kerana yang menjadi sebab musabab tragedi  tu tak masuk akal langsung. Ada yang sebab adik yang tak mau repair motor lalu abangnya menetak si adik, suami nak tembak isteri sebab cemburu buta lalu tertembak anaknya sendiri, bergaduh disebabkan perebutan harta dan macam-macam lagi. Lalu saya kaitkan kisah-kisah ini dengan ceramah yang saya dengar dari Ustaz Kazim Elias di Radio Perak FM pagi semalam. Salah satu daripada sebabnya perkara-perkara sebegini berlaku kerana kurangnya kasih-sayang di kalangan umat manusia sedangkan Allah swt menggalakkan hambaNya berkasih-sayang antara satu sama lain. Kerana apa kasih sayang itu berkurangan? 

Antara sebabnya:-

1) Sifat hasad dengki dalam diri terhadap orang lain.
2) Sifat cemburu & dendam sesama manusia.
3) Sifat marah tanpa sebab munasabah.
4) Tiadanya sikap tolong-menolong dan saling nasihat-menasihati.
5) Tiada sikap hormat-menghormati.

Saya kaitkan sebab-sebab di atas dengan peristiwa yang berlaku. Kalau semua sifat di atas dibuang dan diganti dengan sikap-sikap yang positif dalam diri seperti tiada hasad dan dengki sebaliknya menghargai kejayaan serta kesenangan orang lain, tidak cemburu buta terhadap pasangan sebaliknya cuba memahami situasi terlebih dahulu  atau tidak berdendam sebaliknya menjadi seorang yang pemaaf, tidak marah tanpa sebab sebaliknya banyakkan bersabar, tidak pentingkan diri sebaliknya tolong-menolong serta mengambil berat hal ehwal orang lain dan saling hormat menghormati,  Insyaallah, dunia akan lebih aman dan peristiwa yang tak diingini dapat dielakkan...betul tak?

Sekian perkongsian halwa minda untuk Jumaat ini.


Saya mempizza lagi hari Sabtu lepas. Minggu sebelumnya pun saya buat jugak tapi tak post. Salah satu menu yang saya rajin buat sebab Kiki suka sesangat & gerenti boleh habis dengan kadar segera, disamping kalau buat sendiri....jimat...dengan RM20 hengget boleh buat 2 keping pizza yang yummy cam ni. Lagipun inilah salah satu caranya nak suruh Kiki makan sayur. Kalau pizza order tu dia akan order yang Paparoni yang  tak ada sayur.

Saya pernah share resepi pizza ni dulu tapi untuk yang ini saya terlebih rajin  lak hari ni jadi saya akan share lagi sekali di sini. Lagipun entri yang lepas saya C&P resepinya Di Sini dalam Bahasa Inggeris. Di bawah ni
saya terjemahkan semula ke Bahasa Malaysia pula. Resepi pizza ni ada dalam simpanan tapi tiada maklumat empunyanya.

  
Doh Pizza
Sumber : Rujukan sendiri

Bahan:

1 bungkus yis
1 cawan air suam
1 1/2 sudu teh gula
2 ¼  to 2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak zaitun ( minyak masak/ minyak sayuran pun boleh )
1 sudu teh garam
  
Cara:

Masukkan yis ke dalam air suam dan masukkan gula sekali. Kacau sedikit dan biarkan hingga berbuih.
 
Campurkan tepung dan garam dalam mangkuk.Tuangkan minyak dan campuran yis tadi dan gaul hingga sebati dan sehingga membentuk doh. Teruskan menguli selama 5 minit sehingga doh tersebut mengenyal dan tidak melekat-lekat.

Tutup mangkuk yang berisi doh dengan tuala dan biarkan selama 30 minit. Bila doh naik sehingga 2x ganda saiz asal, tumbuk doh tersebut dan uli lagi selama 5 minit.

Bolehlah dibentukkan doh tersebut menjadi leper dan diisi dengan topping yang digemari.




Untuk sosnya, saya buat yang paling simple.

Pizza Sauce Recipe
Sumber : Rujukan sendiri

Bahan:

4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
Sedikit perhan limau nipis
1 sudu test daun Oregano kering
Sedikit cayenne pepper

Cara:

Campurkan bahan kedua-dua sos.

Taburkan daun oregano dan cayenne pepper. Kacau rata.

Masukkan jus limau. Kacau lagi.

Sapukan pada doh pizza  sebelum meletakkan toppingnya.


Pizza Topping 
Sumber : Rujukan sendiri

Bahan:  

500 g daging ayam hancur
2 biji buah tomato – potong dadu
1 biji terung panjang – potong dadu
1 biji karot – potong dadu
1 bawang putih – cincang halus
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu the serbuk lada hitam
Mozarella cheese - sagat

Cara:

Panaskan minyak.

Tumis bawang putih hingga naik bau.

Masukkan ayam cincang. Kacau rata.

Bila ayam dah cukup masak, masukkan terung dan karot. Masak lagi.

Masukkan tomato.

Bila cukup empuk. Tutupkan api dan boleh lah ditabur atas pizza yang sudah diletak sos tadi. Taburkan pula cheese.

Bakar dalam oven pada suhu 170 Celcius selama 12-13 minit. 

Wassalam..

PIZZA Simple lagi!

Monday, July 16, 2012


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
      Semoga ceria hari ni sambil memulakan tugas untuk minggu baru. Emm, hari ni projek mengvakum dan mengemas satu rumah. Adus, letihnya tapi nak tak nak kena buat jugak sebab puasa dah nak dekat..nanti tak larat dah "overhaul" rumah. Kat 3 jam baru selesai. Kiki pun tak sekolah hari ni sebab Sabtu lepas hari Koku jadi hari ni sekolah bagi cuti. Penat-penat ngemas, bila di intai dalam fridge ada lagi cukup material nak buat 2 pizza. Semalam pun dah makan heavy sangat dengan kurma & nasi minyaknya so hari ni makan yang ringan je. Habis je ngemas, mandi-mandi rehat sekejap lepas tu nguli doh pizza lah pulak. Nasib baik tak yah uli lama-lama macam donut. Sosnya biasalah sos tomato,sos cili, campur honey sikit and letak garlic butter, lepas tu perah sikit jus lemon. Toppingnya cendawan+celery & ayam hancur + "frozen green bean & corn". Tabur cream cheese,  bakar 180-190 darjah celcius untuk 10 minit, SIAP! Ooooh I Luv my life....
     Silakan...

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS