Showing posts with label AISKRIM. Show all posts
Showing posts with label AISKRIM. Show all posts

Vanilla-Strawberry- Chocolate Homemade Icecream

Thursday, October 09, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sejak akhir-akhir ni kerap juga buat homemade icecream. Beberapa kali dah buat dengan perisa coklat,vanila  dan oreo. En. Suami dan anak suka benar dengan homemade icecream ni, tambahan dengan cuaca yang agak panas dan tidak menentu, aiskrim menjadi penyejuk tekak dan juga sebagai dessert. Memang berbaloi bila buat sendiri apatah lagi kandungan gula pun boleh  kita kawal. Kali ini saya buat aiskrim marble dengan tiga perisa Vanila, Coklat, dan Strawberry. Adunan ni memang dapat banyak sehingga memenuhi bekas 8x8x4 inci. Memang puas makan. Cucu saudara yang datang bertandang di Hari Raya Haji baru- baru ni pun sempat merasa. Dia pun suka, habis di jamahnya baki yang ada...Alhamdulillah...


Vanilla-Strawberry-Chocolate Ice cream
Print Recipe

Bahan:

1 tin susu sejat
1 cwn susu full cream
4 sdb gula
4 sdb susu pekat manis
2 sdb ovellette
1sdb perasa Chocolate
1 sdb perasa strawberry
1sdb essen vanilla


Wire Whisk

Cara:

Satukan semua bahan kecuali perasa dan essen vanilla ke dalam mangkuk mixer. Dengan menggunakan wire whisk atau whisk berbentuk belon (seperti dalam gambar), pukul dengan kelajuan tinggi selama 20 minit hingga gebu. Masukkan dalam freezer dan biarkan ia
 separuh beku selama 4-5 jam. Keluarkan, kacau sedikit dengan spatula dan bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Masukkan ketiga- tiga perasa tadi ke dalam setiap bahagian.

Flat Beater

Pukul semula setiap bahagian menggunakan flat beater (seperti dalam gambar), pukul dengan kelajuan perlahan anggaran 5 minit untuk membuang semula udara yang terperangkap semasa memukul dengan wire whisk. Adunan akan menjadi likat selepas di pukul. Setelah ketiga-tiga bahagian di pukul hingga likat, bolehlah disenduk satu demi satu bahagian ke dalam bekas sehingga habis, seperti membuat kek marble pelangi. Masukkan semula ke dalam freezer semalaman atau hingga mengeras.

Selamat Mencuba!

Aiskrim Oreo Homemade

Monday, September 08, 2014



 Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dalam keadaan cuaca yang panas ni kalau pekena yang sejuk-sejuk memang nyaman kan? Apa lagi kalau dapat semangkuk aiskrim emmm, memang syok. Seharian menanggung kesakitan kepala yang amat sangat semalam. Bila dah segar sikit hari ni mulalah nak selongkar tengok apa yang ada di dapur. Jumpa sebungkus biskut Oreo yang masih elok. Susu pun ada setin. Apa kata kita buat aiskrim.


Homemade Oreo Aiskrim

1 tin susu cair
3 sdb susu pekat - kalau nak manis lagi boleh tambah ya
3 sdb gula
1 sdb overlette
1 sdb esen vanilla
Sebungkus biskut Oreo

Campur semua bahan dlm mangkuk mixer dan putar dengan kelajuan tinggi selama  20 minit atau sampai betul betul gebu. Hancurkan setengah dari biskut dan campurkan ke dalam adunan aiskrim.. Putar lagi hingga sebati.
Tuang dlm bekas, patah-patahkan lebihan biskut dan taburkan atas aiskrim.Bekukan dlm peti ais semalaman...
Siap!

Selamat Mencuba!
 

Aiskrim Cendol Gula Melaka...emm alahai....

Saturday, September 08, 2012



 Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kat Ipoh ni hujan semalaman malam tadi. Nak bangun sahur, aduss..malasnya.., kalau ikutkan hati nak skip je sahur tapi takut tak larat pulak nanti. Hari ni elok panasnya. Harap-harap sampai ke petang lah panas ni. Kalau tak lembab je baju yang tersidai kat luar tu. Masa menaip entry ni, kat Radio Ipoh FM dok main lagu-lagu P.Ramlee. Aduyai syahdu syahdan lak rasanya dengar lagu P.Ramlee dengan Saloma ni. Beberapa hari lepas pun MHI @ TV3 ada menyiarkan program khas langsung dari Pustaka Peringatan P.Ramlee. Seronok juga menontonnya, ada banyak info yang kita tak tahu sebelum ni diceritakan oleh tokoh-tokoh seni yang rapat dengan P.Ramlee berkenaan beliau.


Suami saya pun cukup suka menonton filem dan mendengar lagu-lagu P.Ramlee. Filem Melayu yang dia tonton pun cuma filem P.Ramlee aje dan satu lagi...Hantu Kak Limah Balik Rumah ^..^. Yang lain tu emmm...potong jari lah kalau dia nak tengok. Antara filemnya yang paling kami suka...Ibu Mertuaku, Madu 3, Masam-masam Manis dan beberapa lagi. Memang filem dan lagunya tak lapuk di telan zaman. Lagunya pun masih lagi malar segar mungkin tak sesegar aiskrim ni kot hu..hu... Itulah dia genius seni yang berfikiran jauh ke depan dalam bidangnya...belum ada lagi yang bisa menggantikan tempatnya. Saya tertanya juga, generasi 20-30 tahun akan datang, akan kenalkah lagi mereka nanti dengan seorang insan bernama P.Ramlee?


Cuaca panas == aiskrim==> emm leganya rasa...Selama ni saya ingat kalau nak buat aiskrim macam yang dalam gambar ni kena pakai mesin pemutar khas untuk aiskrim. Selalu tengok dalam TV pun macam tu lah jugak chef tu dok buat. Itulah juga sebabnya saya tak pernah buat aiskrim melainkan aiskrim Malaysia yang jual 10 sen satu tu adalah ^..^. Tapi bila tengok resepi dan cara nak buat aiskrim yang simple dalam blog Azlita (masammanis) rasa macam tercabar nak buat lak chewah...



Azlita rujuk resepi ni dari Kak Fida dan izinkan saya share kan pula di sini untuk rujukan akan datang.


Aiskrim Cendol Gula Melaka
Sumber:  Azlita
Olahan daripada resepi : AIS KRIM SANTAN
By :
Kak Fida
 
Bahan:

2 Cawan santan
1/2 cawan susu cair
1 cawan gula icing - saya harus kurangkan gula lain kali sebab 1 cwn ni manis sangat buat kami
3 sudu besar susu tepung
1/2 cawan air
3 sudu besar tepung ubi
1/2 cawan Cendol
1 buku gula melaka
2 helai daun pandan disimpul

Cara:

Panaskan santan atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih. Setelah mendidih sejukkan.
 
Dalam periuk lain satukan tepung ubi dan 1/2 cawan air. Masak atas api sederhana sehingga menjadi kanji. Biarkan sejuk.

Pukul susu cair dan gula icing hingga gula melarut. Masukkan santan dan kanji berselang seli.
Terus pukul hingga sebati.Tambahkan susu tepung dan terus pukul hingga rata. 


Simpan dalam peti ais hingga separuh beku (simpan dalam 3-4 jam lamanya). Keluarkan dan pukul semula hingga lembut. Kacau rata dan simpan semula kedalam peti ais hingga beku.
 
Masak gula melaka bersama daun pandan dan air hingga pekat. Biar sejuk.
 
Sedia dihidangkan ais krim bersama cendol dan sirap gula Melaka.


Saya tak ada alat yang nak buat aiskrim stick tu jadi saya tuang aje cendol dan gula melaka ke dalam bekas aiskrim ni dan tuang aiskrim di atasnya. Emm..., yummy...


Lain kali saya nak cuba buat lagi perisa lain pulak...tak tahu lah bila, lain kali tu ya...hi.. hi..

Wassalam..


 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS