Kuih Serimuka

Wednesday, September 10, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Kuih ni saya buat semalam untuk minum petang membawa ke pagi ni buat kudapan sarapan selain nasi goreng. Kalau ikutkan, resepi Serimuka lebih kurang sama untuk bahagian pulut tapi ada berbagai variasi untuk bahagian lapisan hijaunya bergantung kepada jenis tepung yang digunakan.
Setakat yang saya pernah buat menggunakan tepung gandum + tepung kastad + tepung ubi, 100% tepung kastad dan variasi bakar juga seperti Di Sini, Di Sini dan Di Sini. Saya memang penggemar kuih ni jadi tak rugi rasanya mencuba variasi lain pula. Kali ni mencuba resepi yang menggunakan tepung gandum + tepung jagung. Resepi saya dapat dari Sheila Rusly.

Alhamdulillah, anak dan bos suka. Banyak makannya. Secara peribadi, saya lebih suka yang guna tepung kastad. Rasanya lebih creamy. Apa-apapun yang guna tepung jagung ni pun tetap sedap. Lain kali kita cuba variasi yang guna tepung beras pulak...:)


Kuih Serimuka

Bahan A (lapisan bawah -pulut)

2 cawan beras pulut
2 cawan santan - saya letak 1 cwn santan kotak + 1 cwn air
Sedikit garam
1 sdb tepung gandum
1 sdb minyak masak - saya tambah sebab guna santan kotak

 Cara:

Gaulkan semua, tanak dan mampatkan - saya kukus selama 25 minit

Bahan B (lapisan atas – hijau)

3 cawan santan - saya letak 1 1/2 cwn santan kotak campur 1 1/2 cwn air
1 cwn tepung gandum
3 sdb tepung jagung
1/2 cawan gula pasir - kalau suka lebih manis sila tambah
2 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna hijau dan paste pandan

 Cara:


Kisar semua, panaskan dalam kuali dan sentiasa kacau, agak-agak nak kilat, tuang atas pulut tadi. Kukus sehingga masak (saya kukus selama 20 minit)

 
Sejukkan dahulu kemudian potong dan sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!

5 comments:

  1. Buat guna mould bulat-bulat pun cantiklah Mar.
    Biasa kan potong-potong. Pandai Mar ubah cara buat ianya menarik:)

    ReplyDelete
  2. Dari hari tu tgk akak buat seri muka...smpi la ni masih tak cuba2 lagi...hai la...ada je bende lain yg dibuat ni...huhuhu...

    ReplyDelete
  3. Uittt.comel2 kuih ni bila masuk acuan mcm tu..senang masuk mulut

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS