Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Nasi Air merupakan sajian popular di Terengganu dan Kelantan. Nasi Air berbeza dengan Bubur Nasi dari segi tekstur dan penyediaannya. Teksture Nasi Air lebih pejal berbanding Bubur Nasi serta dimakan bersama dengan sop serta bahan sampingan lainnya.
Tergerak menyediakan Nasi Air ni diilhamkan dari siaran telemovie baru-baru ni yang tajuknya Nasi Air. Nampak sedap benar nasi tu dalam telemovie tersebut. Nasi Air ni saya sediakan hari Ahad lepas. Bos besar sakit gigi dah masuk 3 hari dan Ahad lalu sakitnya menjadi-jadi pulak. Saya cadangkan supaya makan yang lembut-lembut aje. Terus Nasi Air menjadi pilihan. Bahan-bahan pun memang dah ada di dapur. Saya memilih resepi dari Dapur Malaysia. Saya memang ada stok air rebusan daging yang saya frozenkan sebelum ini. Jadi saya menggunakan stok rebusan yang sedia ada. Nasi Air ni saya makan bersama Ayam Pad Ka Prao dan Kangkung Goreng Lobak Asin serta ulam kobis sebab hanya bahan tersebut saja yang ada di dapur serta sesuai untuk digandingkan. Sebenarnya kita boleh gandingkan nasi ni dengan apa saja lauk yang digemari asalkan ianya tak berkuah dan kering selain ikan bilis goreng, ikan masin serta telor masin. Saya tak letak ikan bilis sebab bos kan sakit gigi. Bahan yang lain pulak tak ada jadi saya terjunkan apa yang ada saja. Apa lagi jom kita intai resepinya.
Nasi Air
Sumber: Dapur Malaysia
Bahan-bahan
(nasi) 3-4 orang
1 cawan beras
4 cawan air – saya ambil dari air rebusan/ sop daging
3 hiris halia
4 cawan air – saya ambil dari air rebusan/ sop daging
3 hiris halia
2 ulas bawang putih – di ketuk (saya tambah)
Sedikit garam
1 kiub daging - saya tambah
Cara:
Cuci beras beberapa kali. Masukkan kesemua
bahan dalam periuk. Panaskan di atas api yang perlahan dan kacau selalu supaya
nasi tidak hangit. Jika kering, tambah sedikit air (saya masak nasi dengan air rebusan daging).
Kacau sehingga menjadi nasi yang lembik
(macam bubur tapi lebih pekat). Padamkan api bila dah siap.
Bahan-bahan
(sup daging)
1 kg daging - Saya guna air rebusan / stok daging frozen.
5 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – ditumbuk
Kulit kayu manis, buah pelaga
Bunga lawang, bunga cengkih
1 kiub stok daging
Minyak masak
Garam
Air
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – ditumbuk
Kulit kayu manis, buah pelaga
Bunga lawang, bunga cengkih
1 kiub stok daging
Minyak masak
Garam
Air
Cara (sup daging)
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang
merah, bawang putih, halia dan rempah ratus sehingga layu. Kemudian masukkan
air.
Bila mendidih, masukkan daging, stok daging
dan garam. Masak sehingga daging empuk.
Bahan-bahan
lain
Sayur kangkung – dicelur (saya goreng bersama * lobak asin dan seulas bawang putih yang di cincang)
Ikan bilis goreng – saya skip
Telur masin – saya skip
Lobak masin *
Daun sup – saya skip
Cili merah – saya skip
Ikan bilis goreng – saya skip
Telur masin – saya skip
Lobak masin *
Daun sup – saya skip
Cili merah – saya skip
Ayam Pad Ka Prao
2 ketul dada ayam - hiris nipis ( perap
sekejap dengan kicap dan serbuk kunyit)
2 ulas bawang putih - cincang
10 biji cili api Thai - hiris
1 inci halia - hiris
Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak,
goreng ayam tadi hingga garing.
Masukkan bahan lain dan goreng hingga sebati.
Perasakan dengan garam dan gula. Angkat.
Cara
Hidangan
Masukkan nasi ke dalam mangkuk. Curah sup
daging ke atas nasi. Masukkan ayam, sayur kangkung dan ulam kobis. Nak makan dengan sambal kicap dan perah
limau nipis pun boleh juga.
Memang sedap Nasi Air ni. Tambahan lagi bagi yang menggemari makanan jenis sop macam kami. Tak rugi mencuba. Lain kali kalau buat lagi saya akan gunakan daging dan tulang yang segar pulak. Pasti lagi mantap rasanya!
Memang sedap Nasi Air ni. Tambahan lagi bagi yang menggemari makanan jenis sop macam kami. Tak rugi mencuba. Lain kali kalau buat lagi saya akan gunakan daging dan tulang yang segar pulak. Pasti lagi mantap rasanya!
Selamat Mencuba!
tak pernah masak nasi air ni.selalunya buat bubur nasi je.bole la cuba nnt
ReplyDeleteMemang sedap Ina, x rugi cuba.
DeleteOh... itu yg sebut nasi air. Kalau kakak panggil bubur juga
ReplyDeleteTertarik cara menghidang itulah.
Ada masa bolehlah kakak cuba pulak..
Cuba kak jgn x cuba...:)
DeleteRindunyaaaa nak makan ni😢😢😢
ReplyDeleteKt tempat lain susah nak jumpa. Tq sudi share resepi nti nk cuba buat.
http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1