Mexican Bun aka Roti Boy

Friday, May 22, 2015



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Mexican Bun, Roti Boy, Papa Roti, Coffee Bun, mempunyai nama yang berbeza tetapi kesemuanya adalah roti yang sama.Topping yang berperisa kopi, siapa yang mampu menolak kalau di jamu dengan roti ini. Kanak-kanak pun suka inikan pula orang dewasa macam kita.
 Kali ke dua mencuba Roti Boy atau Mexican Bun ini. Kali pertama saya mencuba resepi yang berbeza sedikit untuk inti dan toppingnya barangkali, tapi tak berkesempatan nak dikongsi di sini. Kali ini saya mencuba resepi dari blog ABM pula. Emm, harum semerbak baunya memenuhi rumah semasa membakar. Anak pun suka kalau saya buat roti ni. Apa yang wangi ni mak, tanyanya.
Akak kongsikan resepinya di sini ya Alif. 


Roti Boy
Sumber: AlifIskandar

Bahan: untuk 12 ketul

Bahan filling:
50g mentega - disuhu bilik
50g cream cheese - disuhu bilik
sedikit esen vanilla
50g gula perang (light brown sugar)

Bahan topping:
50g mentega - disuhu bilik
40g gula icing
1 biji telur - dipukul sedikit
1 1/2 sudu besar kopi (saya guna nescafe) - dibancuh 1 sudu besar air
50g tepung gandum

Bahan doh roti:
250g tepung gandum / tepung roti
35g gula kastor
secubit garam
1 sudu kecil bread improver - saya guna GR superbake
1 1/2 sudu kecil yis kering
1/2 biji telur - dipukul sedikit
135ml susu segar - disuamkan lebih kurang 45 atau suhu badan
30g mentega - disuhu bilik

Cara:

Filling:
1. Masukkan mentega dan cream cheese didalam mangkuk dan pukul sehingga sebati lebih kurang 3 minit.
2. Masukkan gula perang dan vanilla dan pukul sebati.
3. Masukkan kedalam mangkuk kecil dan wrapkan. Letakkan didalam freezer supaya inti beku dan mudah untuk proses memasukkan inti dalam doh.

Topping:
1. Masukkan mentega dan gula icing kedalam mangkuk. Pukul sehingga kembang lebih kurang 5 minit.
2. Masukkan telur dan kopi sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan pukul rata. Bila dah ok, masukkan kedalam piping bag dan letakkan kedalam fridge sebelum digunakan.

Doh roti:
1. Didalam cawan berisi susu segar, masukkan yis dan sedikit gula. Kacau dan biarkan 5 minit utk yis aktif. Nak tahu yis aktif ke tidak, yis akan berbuih di permukaan air.
2. Didalam mixer (nak guna tangan pon boleh), masukkan tepung, lebihan gula, garam dan bread improver. Gaul sehingga campuran sebati.
3. Gunakan kelajuan sederhana, masukkan campuran susu tadi dan juga telur sedikit demi sedikit. Uli selama 8 minit (jika guna tangan lebih kurang 10-15 minit).
4. Jika doh terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung dan uli. Ulang sehingga mendapat doh yg sempurna.
5. Kemudian, masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut lebih kurang 5 minit.
6. Bahagikan doh sebanyak 12 bahagian (+-50g setiap satu) dan bulat2 kan. Letak diatas tray pembakar dilapik dengan baking paper. Tutup dengan kain dan perap selama 10 minit.

Langkah Seterusnya :
1. Ambil doh yg diperap tadi.
2. Ambil pula inti didalam freezer tadi. Bila dah keras, mudahlah untuk dibahagikan.
3. Ambil doh tadi dan leperkan. Kemudian, masukkan inti ke dalamnya.
4. Tutup semula doh dengan kemas. Pastikan tutup dengan rapat. Jika tidak, inti akan meleleh keluar. Buat sehingga habis.
5. Perap dengan dilapik kain selama 40-45 minit.
6. Bila dah doh kembang, paipkan topping diatasnya.
7. Masukkan doh yg dah siap dipaip topping tadi ke dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170℃. Bakar selama 15-20 minit. Ikut oven masing2.
8. Sejukkan seketika sebelum dimakan.


Jom makan roti bun dengan kopi panas?!

Selamat Mencuba!

1 comment:

  1. Feveret saya ni ... tp blm pernah buat sendiri. Ada resepi ni blh nak Cuba nii....

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS