Roti Puri

Tuesday, September 23, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pertama kali buat Roti Puri ni beberapa hari lepas. Buat untuk sarapan dan dikawankan dengan lebihan kari ayam semalamnya. Ada juga versi yang tak guna yis. Tapi yang saya buat ni versi yang guna yis dan resepinya saya CP dari blog Kak Yah.  Saya kongsikan di sini pulak ya Cikgu.  In sha allah lain kali boleh cuba versi yang tak guna yis pulak.

"Marvellous mak!" kata si bujang. Habis juga tujuh keping buatnya seorang.

Roti Puri

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh mauripan
2 sudu besar gula
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh garam
175ml air panas

Campurkan air bersama minyak, gula dan garamdan masak atas api yang kecil.  Biar kesemuanya hancur,  Tutup api.
Campurkan yis bersama tepung gandum.
Masukkan air tadi ke dalam tepung dan kacau dengan garfu.
Menggunakan tangan kita buat ia jadi seperti serbuk roti yang kasar,
Uli doh menjadi bulatan yang licin(uli dalam 5 minit)
(adunan kalau nampak keras basahkan tapak tangan dengan sedikit air)
Tutup dengan kain atau plastik pembalut makanan selama 30 minit.
Adunan yang telah kembang tumbuk-tumbukkan dan uli bulatkan semula.
Buat ketulan kecil(12) dan nipiskan seperti nak buat karipap.
Goreng dalam minyak yang banyak dengan api sederhana.
Goreng sebiji dan bila mengelembung baru dibalikkan.(semasa ianya nak mengelembung kita kaup-kaupkan minyak panas tu ke atasnya)
Goreng hingga keperangan.
Toskan dan sesuai dimakan dengan kari dalca, atau apa-apa yang sesuai.
Roti puri ni berongga di dalamnya
.

Selamat Mencuba!

2 comments:

  1. Kakak suka roti puri ini. Kawan kakak selalu buat utk sarapan pagi. Kakak mengendeng ajelah Mar:)
    Nantilah kakak lain kali cuba ikut cara Mar ni.

    ReplyDelete
  2. wahhhh menyelerakan betol roti cicah kari ayam hehe

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS