Kuih Kaswi

Friday, September 12, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Sebenarnya saya memang menggemari apa saja kuih yang menggunakan gula merah ataupun gula melaka dalam resepi. Memang sangat yummy. Salah satunya kuih Kaswi. Memang kalau makan tak sedar seketul demi seketul dah habis :). 

Semalam saya buat kuih Kaswi lagi, tepung ubi lebihan dari bulan puasa masih ada dan lebih dari mencukupi untuk satu adunan resepi kuih Kaswi ni. Kelapa parut pun ada. Apalagi saya teruskan ajelah.

 Kali ni saya memilih untuk mencuba resepi dari blog Azie. Setiap kali mencuba resepi dari blog beliau memang tak mengecewakan. Kena aje dengan tekak ni.
 Saya juga ada terbaca dulu kalau kita nak kuih kaswi kita lagi lemak, kita boleh letakkan kicap manis juga dalam adunan tersebut. Saya pun google semula resepi yang menggunakan kicap dan jumpa salah-satu resepinya di blog Madihaa tak banyak berbeza resepinya dari resepi Azie, cuma tambahkan kicap saja. Jadi saya adjust ikut selera saya.

Kuih Kaswi Istimewa Azie Kitchen
Sumber: Azie Kitchen
Loyang saiz 10” x 10” ( saya guna loyang bulat saiz 9 inci)

Bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 keping gula Melaka
1 cawan gula pasir - saya tambah 1 sdb
7 cawan air
2 sdb kicap manis - saya tambah
1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air

Bahan lain:

Kelapa parut muda
Sedikit garam

Cara:

Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam.

Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir.

Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam jug bermuncung.

Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang. Saya guna loyang bulat saiz 9 inci. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar. Saya kukus dalam 1 jam. ( saya kukus 1 jam 15 minit)

Sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih, jika ada.

Setelah betul betul sejuk, baru dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

Memang sedap kaswi ni, sesuai dengan tekak. Tak terlalu manis dan lemak dari kicap tu terasa. Tapi kena pandai sesuaikan rasa ikut selera masing-masing sebab macam kata Azie, gula melaka berbeza dari segi saiz dan tahap kemanisannya juga.

Selamat Mencuba!

3 comments:

  1. Smlm dah nk buat kaswi gak...tp x jd...lama dah x buat kuih ni...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Utk rasa lemak. Kalau x nk letak pun x pe.

      Delete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS