Rendang Ayam Nasi Kandar

Sunday, August 24, 2014


 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Pernah menonton Chef Ammar memasak hidangan ini di bulan puasa baru-baru ini yang merupakan resepi turun-temurun dari ibu sebelah isterinya. Tapi tak sempat nak salin resepi sebab masa menonton tu dah nak separuh jalan.  Tak perasan pulak masa tu yang resepi ni tak menggunakan bawang merah.  Kalau di sini di sebelah keluarga suami, rendang yang tak guna bawang ni dipanggil rendang orang miskin. Kenapa dipanggil begitu? Sebab ramuannya cuma serai, cili giling, santan disamping lengkuas dan halia.

Bila ternampak resepi yang sama di FB Yati terus saya simpan resepinya dan terus juga saya cuba sebab bahan-bahan utamanya sangat mudah didapati dan memang dah ada di dapur. Mulanya agak was-was juga bila tengok resepi dari perkongsian Yati FB yang tak menggunakan bawang merah tapi agak banyak bawang putihnya. Tapi bila saya baca diruangan komen Yati kata memang tak guna bawang merah, lega sikit rasanya.
 

Ternyata memang sedap rendang ni. Macam yang kita makan di kedai mamak nasi kandar :).
 
Rendang Ayam Nasi Kandar
 
Resepi Asal : Chef Ammar

Bahan: 

1 ekor ayam potong 12
50 gm bwg putih d blend @ 12-14 ulas
50 gm lengkuas d blend - 2 ulas sebesar ibu jari
50 gm halia d blend  - 2 ulas sebesar ibu jari
80 ml minyak utk menumis
250 gm cili giling - saya blend aje (kurangkan kalau tak mahu pedas)
80 ml kicap
2 btg serai di ketuk
3 biji buah pelaga
1 btg kayu manis
2 helai daun pandan
2 tangkai daun kari
3 biji buah tomato belah 4 - tiada stok, saya letak sos tomato 4 sdb
Garam secukup rasa - tak letak sebab dah cukup masin
Air anggaran 1 liter 
3 biji ubi kentang - saya tambah (rebus berasingan hingga 3/4 empuk dan saya campur bila rendang hampir kering)
 
Bhn hiasan
 
Kacang peas - saya tak letak
 
Cara:
 
Panaskan minyak, tumis bwg, halia, lengkuas, kayu manis, pelaga.
Masukkan cili giling tumis hingga cili masak masukkan serai, daun kari dan daun pandan.
Masukkan ayam dan tuang air.. Masak hingga airnya kering dan ayam masak dgn api sederhana.
Sedap mkn dgn nasi tomato atau nasi arab dan jelatah.


Selamat Mencuba!


1 comment:

  1. aduh rendang lah mmg power ni kalau ada ketupat dan sewaktu dgn nya Mar..

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS