Kuih Serimuka Bakar yang sangat enak!

Thursday, August 21, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Kali pertama mendengar tentang Serimuka Bakar, saya agak pelik sebab tak pernah tahu adanya kuih Serimuka yang dibakar...jakunlah sekejap. Sudah menjadi tabiat saya kalau jumpa atau dengar tentang sesuatu yang pelik apatah lagi berkaitan dengan resepi dan makanan saya terus saja Google.
Bila tekan butang search, oooo rupa-rupanya memang ada Serimuka yang dibakar. Bezanya dengan yang biasa, cuma bahagian atasnya saja yang dibakar.  Tak banyak sumber resepi yang ada. Dalam tak banyak tu cuma satu resepi yang menarik perhatian saya untuk dicuba iaitu dari blog Azie Kitchen. Banyak juga resepi dari Azie yang saya dah cuba dan setakat ini Alhamdulillah, semuanya menjadi dan sedap pada selera kami.  Kali ni saya mencuba Serimuka Bakar pulak. Resepinya agak menarik sebab menggunakan bawang merah, halia dan jintan manis disamping serbuk kayu manis. Apalagi, mengaum-ngaumlah satu rumah dengan aromanya bila dibakar. Rasanya pun memanglah sedap, anak dan suami pun suka. Terimakasih Azie, semoga sentiasa dimurahkan rezeki. Saya kongsikan resepinya disini pula ya.

Walaupun rasanya sedap, saya agak kurang berpuashati dengan kosmetiknya. Lapisan atas tu melimpah sedikit ke pulut sebab saya guna loyang loose base, konon nanti senang nak keluarkan dari loyang. Tapi lupa sebab pulut tu panas, loyang tu mungkin mengembang sedikit menyebabkan ada sedikit ruang terbuka kat tepi tu,  iapun melelehlah sikit. Bila dah masak pulak, lapisan atas tu terbelah sikit sebab loose base tu melendut bila diangkat. Aduyai...tapi tak apa, yang penting rasa dan teksturnya sedap dan menjadi. Untuk lapisan atasnya saya ikut saranan Azie untuk tambah lagi satu sudu besar tepung gandum dan kurangkan satu sudu besar gula. Alhamdulillah menjadi dan kena dengan selera kami sekeluarga.


Kuih Seri Muka Bakar

Bahan Lapisan Bawah:

500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 tsp garam halus
sedikit minyak masak (esp, jika guna santan kotak)

(Saya cuma guna 420g pulut saja sebab itu aje stok yang ada, bahan lain saya kira ikut kuantiti pulut, sebab tu lapisan pulut nampak sama tebal dengan lapisan atas. Saya guna loyang saiz 9 inci)

Cara:

Rendam pulut sekejap. Basuh bersih  dan toskan.  Masukkan pulut, santan dan garam ke dalam loyang. Untuk kali ini, saya hanya membuat separuh sahaja dari adunan lapisan bawah, itu sebab ianya kelihatan agak nipis.
Kukus selama 30 minit. Bila masak, digaul  rata dan pindahkan ke dalam loyang yang sudah disapu sedikit minyak.  Tekan dan ratakan.

Bahan Lapisan Atas:

4 biji telur
1 cawan gula
3 cawan santan
3/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan air daun pandan
1/4 sudu teh esen pandan
Sedikit pewarna hijau
Beberapa helai daun pandan

* daun pandan dimesin dgn air dan 1/2 ulas bawang merah + 1 cm halia +  1/3 sudu jintan manis + kulit kayu manis

Cara:

Blend kesemua bahan dan tuang ke atas pulut. ( saya tapis dulu dalam bekas lain sebelum tuang ke atas pulut )
Bakar pada 180 C selama 45 minit ke 1 jam atau sehingga masak yang bergantung
juga kepada saiz loyang yang diguna.  Guna cake tester atau lidi untuk melihat samada kuih sudah masak. ( saya bakar pada suhu yang sama tapi selama 1 jam 15 minit)
Potong dengan pisau plastik apabila kuih benar benar sejuk.


Nota: Untuk rujukan - di masa akan datang, saya mahu kurangkan gula sebanyak 1 sudu besar dan tepung gandum ditambah lagi 1 sudu besar.
 



Nota saya: Akan datang saya akan bakar di rak tengah supaya lapisan atas tu lebih garing sedikit.

Selamat Mencuba!

3 comments:

  1. Ok kak...sy simpan reaepinya dlu ye...ada masa bole cuba ni...:)

    ReplyDelete
  2. akak pun nak simpan jugak resepi nak nampak sedap dan senang tkyah kukus2

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS