Roti lagi - resepi Doh Asas Roti Manis

Thursday, February 06, 2014


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Di landa demam meroti...sayalah tu...kalau boleh hari-hari nak meroti...walaupun penat, penat .menunggu dan penat menguli-uli doh-doh kecil tu tapi masih rasa seronok dan puas. Kalau tak caya, cubalah buat dan rasakan nikmatnya :)...lebih-lebih lagi kalau hasilnya menjadi.


 Hari ni meroti lagi, esok pun In Sha Allah, kalau diizinkan, pun kena meroti jugak. Tapi hari ni saya gunakan resepi Doh Asas Roti Manis.


Doh Asas Roti Manis
500g tepung roti
70g gula kastor
20g susu tepung
5g garam
½ sudu kecil bread improver
250ml air
1biji telur
11g yis
40g shortening

(Dalam resepi ini tiada di sertakan cara, ini cara saya buat adunan kali ini).
Campurkan semua bahan dan mix hingga elastik.
Rehatkan doh selama 20 mnit. Bahagikan doh kepada doh kecil 50g setiap satu (atau ikut suka). Bentukkan kepada bentuk yang anda gemari,  beserta topping dan inti dan biarkan doh naik dua kali ganda. Bakar pada suhu 160 C , 20-25 minit (ikut oven masing-masing).



Resepi ini boleh menghasilkan pelbagai jenis bun dan roti dengan inti dan topping yang anda gemari.

Selamat Mencuba!

2 comments:

  1. skrg ni mmg musim meroti agaknya kan...sna sni dok tayang gmbo roti..
    nk cuba la guna resepi ni nti..tq kak

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS