Agar-agar Santan Pandan 2

Monday, March 25, 2013



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bertemu sekali lagi dihari Isnin. Sekejap saja putaran masa beredar dan tak lama lagi akan melangkah ke suku tahun kedua sudah. Semoga teman sekalian sentiasa berada di dalam keadaan sihat di samping keluarga tercinta.


Ini entri yang lama tertunggak sebenarnya. Asyik beri laluan kepada resepi lain aje. Buat agar-agar ni sementara menunggu 2nd half hoki Piala Sultan Azlan Shah dimana berakhir  dengan Malaysia terikat seri 2-2 dengan Pakistan Khamis malam beberapa minggu lepas. Tapi agak kecewa sebab akhirnya Malaysia tewas juga ditangan Australia bagi merebut gelaran juara.
 Chewah, macam pemberita sukanlah pulak.

Kalau rakan-rakan perasan, entri pertama agar-agar santan pandan saya Di Sini, dah lama berada di tangga teratas popular post dengan 2100++ views sehinggalah entri ini ditulis.  Kat mana yang menariknya agaknya...pada warna hijaunya kah? Pada bau pandannya kah atau pada rasa lemak manisnya?

Apa-apapun dicuaca panas-panas sekarang kalau dapat sepiring agar-agar pun terasa nikmatnya kan?
Buat pun secara tak sengaja...malam tu..saja semak-semak apa barang-barang dapur yang nak habis
untuk dibeli keesokan harinya. Semak punya semak, santan kotak ni ngam-ngam aje untuk resepi ni.
Jadi, tanpa berlengah lagi, saya pun teruslah buat apa yang patut. Sediakan bahan-bahan lainnya. Ambil daun pandan kat belakang...jadikkk!

Resepinya sama macam kat link atas tu...cuma kali ni saya kurangkan gula dalam 2 SB sebab pada entri pertama tu rasanya terlalu manis buat kami.


Bila anak tengok agar-agar ni dalam fridge, dia hairan bila masa pulak mak dia buat;)

Wassalam...

14 comments:

  1. Nak ckit agar-agar pandan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat reply...ni dah lama habih Kak:)

      Delete
  2. suke la kak...sesuai betul makan time cuaca panas ni kan..

    ReplyDelete
  3. Kakpb tak pandai buat agar2 santan, selalu tak menjadi. Tapi agar2 ni tersangatlah sedapnya. Jadi jika ada peluang org buat, kakpb ambil sepinggan..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bior betul kak PB ni...okey nanti kita kirim sepinggan:)

      Delete
  4. bru je buat sabtu lepas.....dan dah abis pun....:-)

    ReplyDelete
  5. Letak aiskrim satu scoop sebelah agar agar tu. Nak nak pulak agar agar sejuk yang disimpan dalam peti ais. Mak ai...sedap makan tetengah panas membahang ni

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS