Rendang Pedas Ayam Dara

Monday, January 28, 2013


Ayam bermacam ayam
ada ayam kampung ayam hutan ayam siam
ayam turki ayam belanda
macam-macam perihal ayam
hangat-hangat tahi ayam,
sabung ayam nasi ayam telor ayam

ayam hutan boleh terebang
ayam kampung dalamlah reban
ayam bandar di dalam pasar
kadang-kadang ada harga naik harga turun harga
 

( Sumber : LirikKami )

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Setiap kali kalau saya ke Mydin, saya selalu tengok aje ayam dara yang kat frozen section tu. Bilalah aku nak beli kau ni...setiapkali saya tengok. Bukan apa...alahai...cinoni aje saiznya. Memang kecil pun...ayam dara lah katakan..:)  Akhirnya minggu lepas saya sambar dua ekor.

Lama dah mengidam nak makan Rendang Podeh (Pedas). Ish macam dik Zila lah pulak. Zila, tak pe lah dok muntah-muntah hi hi.

Seekor aje ayam tu saya buat rendang, yang lagi sekor tu...tak tahu lagi apa nak jadi pulak.


Rendang Pedas Ayam Dara
( Klik! untuk print resepi ) 
 
Bahan:

1 ekor ayam dara – potong kecil, basuh dan toskan
1 biji bawang besar dihiris halus
1 helai daun kunyit dihiris halus
Santan dari 1/2 biji kelapa 

Bahan Kisar:

1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
10 biji cili kering yang direndam ( kalau nak pedas boleh letak lebih )
4 batang serai - hiris dan tumbuk kasar
1/2 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
 
Masukkan ayam kedalam kuali. Masukkan bahan - bahan yang dikisar. Gaulkan atau 
sebatikan dengan ayam.

Masukkan bawang besar, santan,garam dan gula. Gaul sebati.
Buka api sederhana dan masak rendang tadi hingga masak. Masak rendang dengan api sederhana dan sentiasa kacau rendang hingga kuah kering. Seimbangkan rasa sebelum padamkan api.
 
Wassalam...

7 comments:

  1. salam kak....

    aduh....mak oooi...sedapnya ayam dara buat rendang macam nie...huuui..nasib baik tak ngidam macam Zila....kalau tidak melelehlah..air lior anak yan nanti he heee.....

    ReplyDelete
  2. adoi kak...sedapnya.....nak semangkok....:-)

    ReplyDelete
  3. dah sah sah ni sedap dan wangi kat sini banyak ayam tua heeee ayam dara susah jumpa adoiii terliur dah ni

    ReplyDelete
  4. walaaaaaa sedap sedap
    he he cicah lemang atau pulut lg sedap ni

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS