Wednesday, January 30, 2013

Nasi Goreng Lada Hitam


Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Nasi goreng sememangnya makanan yang cukup sinonim dengan masyarakat di Malaysia.
Tidak kira samada Melayu, Cina atau India rata-rata menyukai Nasi Goreng.

Sebelum ni saya ingatkan nasi goreng berasal dari rumpun budaya Melayu. Rupanya bukan.

Nasi Goreng sebenarnya berasal dari rumpun budaya Tiongha dan merupakan salah satu makanan tradisional Tionghua sejak zaman 4000 SM lagi. Ianya tersebar ke merata pelosok Asia Tenggara kemudiannya apabila dibawa oleh perantau-perantau Tionghua dan terus berkembang dari segi kepelbagaian ramuan dan cara penyediaannya.

Nasi goreng sebenarnya muncul dari beberapa sifat dalam kebudayaan Tionghoa yang tidak suka makanan dingin tetapi tidak mahu membazir dengan membuang sisa makanan. Jadi,nasi yang dingin itu kemudian digoreng untuk dihidangkan semula daripada membazir.

Kini Nasi Goreng telah menjadi hidangan yang lazim samada di rumah, di gerai, di restoran mahupun di hotel bertaraf 5 bintang sekalipun terdapat hidangan Nasi Goreng. Nasi Goreng juga telah melalui proses evolusi dengan berbagai jenis resepi dan nama termasuklah Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Ayam, Nasi Goreng Belacan, Nasi Goreng Ikan Masin, Nasi Goreng Bunga Kantan, Nasi Goreng Tom Yam, Nasi Goreng Kicap, Nasi Goreng USA dan bermacam-macam lagi.  Malah tujuan asal Nasi Goreng yang pada mulanya untuk mengelakkan pembaziran atas nasi sejuk telah bertukar apabila kita memasak pula nasi untuk menyediakan Nasi Goreng.
( Sumber: Mindakronik )

Tetapi tahukah anda bahawa Nasi Goreng tersenarai di antara 10 makanan paling menggemukkan di Malaysia. Biasanya satu pinggan mengandungi lebih-kurang 630 kalori. Ini kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.
( Sumber : Kevin Zahri )



Saya mencuba resepi Nasi Goreng Lada hitam kali ini. Saya hidangkan bersama "Grilled Turkey" yang saya perapkan dengan daun Rosemary, lada hitam, sos tiram dan garam secukup rasa sebelum menggril.

Nasi Goreng Lada Hitam
( Klik! untuk print resepi )
Resepi Asal : Chef Asmawati:Buku Aneka Nasi Goreng
Dikongsi oleh : Rohah


Bahan:

300gm nasi putih
2 tangkai cili kering - kisar
2biji bawang putih - kisar
3 biji bawang merah - kisar
1/2 batang lobak merah - hiris halus (saya sagat )
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
1 biji telur - digoreng hancur
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara:

Panaskan sedikit minyak.Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan nasi, lobak merah, serbuk pati ayam, serbuk lada hitam dan garam.Gaul hingga sebati.
Taburkan telur sebelum dihidang.

Wassalam...

15 comments:

  1. kak....mntk sepiring.....lapar...! Hehe.....

    ReplyDelete
  2. KA x brp suka lada hitam but feveret en hubby & anak2 ni sebenarnyer

    ReplyDelete
  3. Me too joining you! Delicious looking fried rice. Ye kan...nasi goreng kesukaan 1Malaysia just like Nasi Lemak ;)
    Have a fabulous day my friend :)

    ReplyDelete
  4. Oh btw, my all time fave would be Nasi Goreng Kampung...huwaaaa :)

    ReplyDelete
  5. nasi goreng memang sedap dihidangkan tak kira masa kan? tinggi juga nilai kalorinya ye... mmg tak boleh diamalkan selalu.. hihi...

    ReplyDelete
  6. Kalau anak bungsu kakak suka dia nasi goreng cina sebab tak pedas kan. Kalau makan hari-hari pun dia suka aje..

    Tengok gambar kakak ingat nasi ayam goreng. Sedap ni:)

    ReplyDelete
  7. suami zila paling fav lada hitam buh la kat mana pun mmg mnjadi kgmaran dia..zila tgok jew dh kecur kak mar..h eh hehe sedappp

    ReplyDelete
  8. waduh..memalam tgh lapor nih sedap kalu dpt sepiring nasi goreng nih..daapnyer!!

    ReplyDelete
  9. Hi KA, ni pun 1st time buat NG lada hitam ni.

    ReplyDelete
  10. Betul tu Kak Madiha...makan selalu nanti mok2 :)

    ReplyDelete
  11. Kak Zakie, mmg sedap resepi NG ni...anak saya puntak perasan ada karot tu...sbbsedap lah tu...

    ReplyDelete
  12. Salam Dok...., emm lambat tido ni...tak baik tau jaga lewat malam..

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar