Puding Roti dengan Sos Vanilla

Monday, December 03, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Syukur dengan izinNya, kita dah pun melangkah ke bulan terakhir 2012 yang bakal ditinggalkan tak lama lagi. Semoga 2012 meninggalkan seribu kenangan manis buat anda dan harap segala yang direncanakan tercapai hendaknya.

Puding Roti ni saya buat Sabtu yang lalu sebab nak habiskan roti yang berbaki sebelum expired. Kebetulan bahan-bahan yang lain pun masih ada sikit, jadi kita habiskan terus.

Masa kecil dulu, puding dan agar-agar merupakan salah satu makanan yang paling saya tak suka. Mungkin sebab teksturnya yang lembik tu menggelikan saya bila masuk ke mulut. Begitu juga dengan Kiki, dia pun nampaknya tak berapa suka ngan puding. Bila dah dewasa dan berumah-tangga, baru saya mula makan.

Buat pun tak banyak, dengan baki roti yang ada, dapatlah tiga bekas kecil ni.
 

Rasa muak pulak dengan lemak susu dan manis-manis, jadi saya tambah jus oren dalam adunan ni jadi adalah sikit rasa masam dan segar dari oren zestnya.

Puding Roti 
Diolah oleh: mymintroom

Bahan:

5-6 keping roti
250 ml susu segar
2 biji telur
2 1/2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar kismis
1 sudu besar mentega - dicairkan
1 sdt essen vanilla
1/4 cawan jus oren
1 sdt orange zest - kulit limau diparut
Sedikit coklat chips - opt
Sedikit kacang - opt dan terpulang jenis kacang yang sesuai
Sedikit ceri merah utk hiasan

Cara:

Pukul telur dan gula sampai kembang. Kemudian masukkan susu, mentega dan gaul rata.
Masukkan separuh dari kismis, essen vanilla, orange zest dan jus oren. Kacau rata.
Griskan loyang atau acuan, carik-carikkan roti ke dalam acuan/loyang. Tuangkan adunan yang telah dipukul ke dalam roti sehingga ia meresap kedalam roti. Taburkan separuh lagi kismis, coklat chip dan kacang. Biarkan sebentar supaya adunan meresap dan sebati dengan roti. 
Sementara itu bolehlah dipanaskan oven dahulu.
Masak hingga permukaannya kekuningan. (Saya bakar pada suhu 150C selama 25 minit).


Saya juga sediakan sos vanilla untuk dimakan bersama puding ni.  Emm, yumm..yumm..sedap dan tak muak sebab rasa dan bau oren yang segar tu.

Sos vanilla

Bahan:


1 sudu besar tepung custard
1 cwn susu segar
1 sudu besar gula
1 sudu besar jus oren
1 sb butter

Cara:

Campur dan kacau rata semua bahan di atas kecuali butter, dan masak atas api sederhana sehingga pekat. Pastikan kacau selalu. Bila dah pekat tutup api dan masukkan butter. Kacau lagi. Sedia di hidang bersama puding.


Wassalam...

10 comments:

  1. Kalau puding macam Mr buat ni tak payah buat sos pun dah sedap kakak tengok.

    ReplyDelete
  2. sedapnya kalu dpt mkn ni..tp malas nak buat he he

    ReplyDelete
  3. wah kak mar sedap..kita pun puding yg ada roti jgk harinie..he heee

    ReplyDelete
  4. Wah sedapnya... lapar pulak petang-petang ni .. kena try ni..

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS