Kek Coklat (eggless) Kukus

Wednesday, December 12, 2012


Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Apa khabar teman semua? Semoga terus dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk menguruskan rumahtangga dan kerjaya dengan tenang dan sempurna. Saya juga sihat-sihat saja...cuma agak sibuk dua-tiga hari lepas...sibuk dengan jemputan kenduri dan beberapa urusan lain yang harus diselesaikan. Tu yang tak sempat nak jengah blog kawan-kawan.

Kek ni atas permintaan anakanda tersayang. Lama jugak tak buat kek coklat...agaknya dia terkenang lah tu. Zikri mintak yang ada coklat topping. Dia suka kek coklat yang tak terlalu manis dan saya pulak kalau boleh nak kurangkan penggunaan telur...jadi resepi dari Dayang Jack inilah yang paling digemari dan selalu saya buat kalau ada permintaan.


Kek Coklat Kukus Tanpa Telur
Sumber : DayangJack

Bahan-bahan : loyang 6" x 6" (saya guna loyang 8"x4"x3")

Bahan A :

125 g tepung gandum @ 1 cawan
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
2 sudu kecil serbuk penaik

Bahan B :


1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang (sila lebihkan gula jika menggunakan serbuk koko pahit/pure cocoa)
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla atau 1 sudu kecil coffee emulco
2 cawan susu cair/susu segar
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak sayuran
1/4 sudu kecil atau secubit garam

Bahan C :

1 sudu besar cuka makan atau jus lemon

Cara :

Sediakan pengukus. Didihkan airnya.
Ayakkan bahan A dan kacau rata-rata. Ketepikan.
Satukan kesemua bahan B ke dalam periuk dan dengan menggunakan api perlahan, kacau adunan hingga gula larut dan sebati. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
Kemudian satukan bahan A dan B dengan menggunakan hand whisk atau rubber spatula. Kacau hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel.
Akhir sekali masukkan bahan C. Terus kacau serta merta tetapi jangan terlebih kacau atau terlalu lama. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan mentega.
Tutupkan loyang dengan kertas foil. Kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam.
Setelah habis dikukus, padamkan api. Biarkan sebentar selama 10 minit sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
Sejukkan kek sebelum dipotong. Boleh juga dihiaskan dengan topping kesukaan masing-masing. Kek ini bersaiz kecil sahaja. Sila gandakan sukatan jika menggunakan loyang besar. Kek ini boleh juga dibakar. Namun kemanisan kek versi kukus tak sama dengan yang dibakar. Jika menggunakan kaedah bakar, sila kurangkan sukatan gulanya atau mengikut citarasa sendiri. Kek akan menjadi lebih moist dan sedap jika dibiarkan semalaman.


Bahan untuk topping:

250g coklat masakan - dihiris 
1/2 SB butter

Masakkan coklat menggunakan kaedah "double boiler" . Kacau selalu supaya tak melekat di dasar periuk. Bila coklat dah cair, tutup api dan masukkan butter. Kacau lagi sehingga nampak berkilat.

Emm, tak sempat nak tunggu petang, kek ni dah kena potong...habih camno...dah peveret dia...:)

Wassalam...

12 comments:

  1. As salam kak...
    Kek nie mmg sedap kan....pastu senang plak nak mmbuatnya....sy dah cuba dah.....anak2 pun suka mkannya....:-)

    ReplyDelete
  2. Salam Syifa, betul tu...senang nak buat..anak pun suka..

    ReplyDelete
  3. akak pun dah try anak2 suka kek ni janji sedap walaupun tkde telur tapi tetap sdp dan lembut kan nak try lagi la hee

    ReplyDelete
  4. sy suka resepi kek dari dapur dayang...tp belum pernah lg try kek yg kukus2 ni...nampak sgt2 sedap kak..topping coklat tu..alahaiiii sedapnya :)

    ReplyDelete
  5. kak mar zila x pernah cuba buat lg..kek coklat biasa2 tue ada lah..tp x pernah show diblog lg..nnt nk try yg nie jgk la..nampak sedap:)

    ReplyDelete
  6. Kak Noor, saya dah selalu buat kek dari dapur DJ ni dan bawa balik kg utk raya. Bila cerita kat kakak ipar, dia orang pelik sbb tak pernah rasa/buat kek yang tak ada telur.

    ReplyDelete
  7. Salam Mas, mmg sedap kek ni walaupun tak guna telur...akk suka buat sbb anak suka makan...

    ReplyDelete
  8. Zila...tunggu Iqbal balik dulu...hi hi...nti tak ada tukang perabih...kalau nak perabih sendiri...mok-mok nanti:)

    ReplyDelete
  9. kak, kita dah list kek ni,cuma tak terbuat2...ramai juga rakan blogger yg dah try..

    ReplyDelete
  10. sy baru buat kek ni kelmarin..pastu dah abis... hari ni buat lagi... sedap sgt kek ni..sblm ni cuma save je resepi kek coklat ni sbb ada cuka.. xberani try.. tp dah try ambik ko sedap sgt kek ni... sebelum ni bakar je...rupanya bole di kukus jugak ye...thanks kak nanti nak try kukus pulak..

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS