Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Hari ni bila buka FB toiiii ada msg kat FB messenger...oohhh kakakku tersayang rupanya yang dok kat Penang tu...lama tak jumpa Angah, rindu nak sembang-sembang. Tapi saya bukan nak cerita pasal Angah.. nak cerita sikit pasal msg serta link yang Angah bagi kat saya tadi. Bila buka link dan baca isi kandungannya...BUP gedebam!!! Aduh hilang terus mood hari ni nak masak....Tu lah kata orang, seumur hidup duduk di rumah tak tengok dunia luar, bila dapat peluang keluar dari kepompong sempit dan baru mula nak kenen-kenen & berjinak dengan dunia blogging kata kau, tapi sebelum berblogging tak reti nak belajar etika berblog...lepas tu suka hati mak tiri bapak dia aje tulis dalam blog tu. Dahlah blog open readers, tulis tak tahu nak tapis dan tak ingat consequences nya...cakap ikut suka hidung dia. Dia boleh kata lah ini blog aku, aku boleh tulis apa aku suka, kalau tak suka jangan baca,,,,tapi dia kena ingat kena terima lah pulak kalau orang lain komen lagi pedassssss berdentum pasal dia. Umur baru setahun jagung...umur jagung lagi panjang....dah nak tunjuk ego, tunjuk lagak..tunjuk belang, dia belum jumpa buku ngan ruas lagi lah tu. Maaf cakap, itu student UPSI tu...buat malu UPSI aje simpan student macam ni ...bakal pendidik lak tu...lagi double malu...
Harap dengan komen-komen bernas yang orang tulis dalam blog dia (itupun kalau dia tahu nak review dan approve la komen2 tu, sebab baru nak belajar blogging lah katakan...) dia boleh berubah jadi insan yang lebih matang. Sekarang ni baru setengah matang. Takut-takut kalau di bior, hangus terus langsung satu sen pun tak guna kan.
Akak betul-betul kecewa ngan orang cam ni yang depan kita, bila jalan pijak semut pun semut tu boleh bangun jalan balik dan maki orang yang pijak dia tu, tapi belakang kita, pijak gajah pun gajah boleh patah tulang belakang!!
Rakan semua mesti nak tahu kan apa yang menggelegakkan hati akak ni... ada ke, patut ke, kami ramai-ramai satu rombongan gi beraya rumah dia pada pagi raya pertama hari tu, depan kita layan kita macam VIP, belakang kita (dalam blog dia lah) boleh cakap kita ni buruk lantak. Astaghfirullahalazim...mengucap aku...tapi hilang gak sabar ni. Buruk lantak apa nya kalau setakat laksa semangkuk tu...Ada aku kisah..dah kau jamu...kami makan lah.. habis buat apa susah payah masak??? Umur baru 18 tahun ya Allah...baru Tahun Satu Diploma Pendidikan B.Inggeris yang bahasanya pun masih tunggang terbalik lagi dengan nouns ke laut, verbs ke sungai, pronounciation tak tahu lah lagi ke longkang kot dah nak tunjuk taring...sabar je lah.
Dik ooii...kita ni kalau makin tinggi, kena makin tunduk...makin humble...baru orang respek. Nak kata belum dewasa...dah boleh kawin dah. So, fikir-fikirkanlah. Jumpa raya tahun depan akak nak tengok ko berubah ke makin teruk...harap2 makin molek lah perangai tu. Kalau tak akak nak tunjuk lah langit tu tinggi mana, supaya ko sedar diri.
Okay...lega sikit hati...tapi dua tiga hari ni nak gantung alat perang...nak masak yang simple2 jer...hari pun hujan jer, mood pun sembap jer ni...
Wassalam...
mcm tak ikhlas menjamu tetamu saja tu ... sabar ke la. lupakan saja ...
ReplyDeleteSalam Mala, tak pe..dia dah mintak maaf pun..akak tak dendam dan anggap budak ni masih mentah..kita perlu bimbing dia kan..Itu aje...akak marah kejap aje. Hi Hi...semangat balik dah nak masak....Yahooo.
ReplyDeletebaguih-baguih ..
Deletekak mar,
i just read about you struggling with SLE. semoga Allah swt berikan kekuatan untuk terus berjuang. before this tak tahu pun pasal SLE ni.
a friend of mine lost her sister to SLE 3 years ago.
http://shareoftheday.blogspot.com/2009/09/one-sle-is-down.html
http://shareoftheday.blogspot.com/2009/09/one-sle-is-down.html
Hi Mala, terimakasih.... SLE ni ada byk jenis dan ada 5 tahap...akak agak bernasib baik sebab bila dapat tahu baru berada di tahap 2...cukup dgn ubat prednisolone aje. Ada yang lebih teruk dari akak jadi akak patut bersyukur byk2 pada Allaw swt. sebab masih diberi peluang ke dua...akak rasa kalau kami tak ke hospital mlm tu akak mungkin tiada lagi disini sekarang.
Deletesalam kak ,, salam kenal ya :) hem sabarlah ya kak umur setahun jagung lagi tuh.. masih budak2 lagi ..harap2 dia dah mintak maaf /// tak malu ke tulis kat blog ..ingatkan dia sorang je yg baca je kot hihi
ReplyDeletesalam kenal...tak pe lah..semua org buat salah...dia dah minta maaf pun...akak dah sejuk dah..
ReplyDelete