Aiskrim Cendol Gula Melaka...emm alahai....

Saturday, September 08, 2012



 Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kat Ipoh ni hujan semalaman malam tadi. Nak bangun sahur, aduss..malasnya.., kalau ikutkan hati nak skip je sahur tapi takut tak larat pulak nanti. Hari ni elok panasnya. Harap-harap sampai ke petang lah panas ni. Kalau tak lembab je baju yang tersidai kat luar tu. Masa menaip entry ni, kat Radio Ipoh FM dok main lagu-lagu P.Ramlee. Aduyai syahdu syahdan lak rasanya dengar lagu P.Ramlee dengan Saloma ni. Beberapa hari lepas pun MHI @ TV3 ada menyiarkan program khas langsung dari Pustaka Peringatan P.Ramlee. Seronok juga menontonnya, ada banyak info yang kita tak tahu sebelum ni diceritakan oleh tokoh-tokoh seni yang rapat dengan P.Ramlee berkenaan beliau.


Suami saya pun cukup suka menonton filem dan mendengar lagu-lagu P.Ramlee. Filem Melayu yang dia tonton pun cuma filem P.Ramlee aje dan satu lagi...Hantu Kak Limah Balik Rumah ^..^. Yang lain tu emmm...potong jari lah kalau dia nak tengok. Antara filemnya yang paling kami suka...Ibu Mertuaku, Madu 3, Masam-masam Manis dan beberapa lagi. Memang filem dan lagunya tak lapuk di telan zaman. Lagunya pun masih lagi malar segar mungkin tak sesegar aiskrim ni kot hu..hu... Itulah dia genius seni yang berfikiran jauh ke depan dalam bidangnya...belum ada lagi yang bisa menggantikan tempatnya. Saya tertanya juga, generasi 20-30 tahun akan datang, akan kenalkah lagi mereka nanti dengan seorang insan bernama P.Ramlee?


Cuaca panas == aiskrim==> emm leganya rasa...Selama ni saya ingat kalau nak buat aiskrim macam yang dalam gambar ni kena pakai mesin pemutar khas untuk aiskrim. Selalu tengok dalam TV pun macam tu lah jugak chef tu dok buat. Itulah juga sebabnya saya tak pernah buat aiskrim melainkan aiskrim Malaysia yang jual 10 sen satu tu adalah ^..^. Tapi bila tengok resepi dan cara nak buat aiskrim yang simple dalam blog Azlita (masammanis) rasa macam tercabar nak buat lak chewah...



Azlita rujuk resepi ni dari Kak Fida dan izinkan saya share kan pula di sini untuk rujukan akan datang.


Aiskrim Cendol Gula Melaka
Sumber:  Azlita
Olahan daripada resepi : AIS KRIM SANTAN
By :
Kak Fida
 
Bahan:

2 Cawan santan
1/2 cawan susu cair
1 cawan gula icing - saya harus kurangkan gula lain kali sebab 1 cwn ni manis sangat buat kami
3 sudu besar susu tepung
1/2 cawan air
3 sudu besar tepung ubi
1/2 cawan Cendol
1 buku gula melaka
2 helai daun pandan disimpul

Cara:

Panaskan santan atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih. Setelah mendidih sejukkan.
 
Dalam periuk lain satukan tepung ubi dan 1/2 cawan air. Masak atas api sederhana sehingga menjadi kanji. Biarkan sejuk.

Pukul susu cair dan gula icing hingga gula melarut. Masukkan santan dan kanji berselang seli.
Terus pukul hingga sebati.Tambahkan susu tepung dan terus pukul hingga rata. 


Simpan dalam peti ais hingga separuh beku (simpan dalam 3-4 jam lamanya). Keluarkan dan pukul semula hingga lembut. Kacau rata dan simpan semula kedalam peti ais hingga beku.
 
Masak gula melaka bersama daun pandan dan air hingga pekat. Biar sejuk.
 
Sedia dihidangkan ais krim bersama cendol dan sirap gula Melaka.


Saya tak ada alat yang nak buat aiskrim stick tu jadi saya tuang aje cendol dan gula melaka ke dalam bekas aiskrim ni dan tuang aiskrim di atasnya. Emm..., yummy...


Lain kali saya nak cuba buat lagi perisa lain pulak...tak tahu lah bila, lain kali tu ya...hi.. hi..

Wassalam..


3 comments:

  1. salam...
    pagi2 sy dh cuci mata dengan askim cendol dr my mintroom...sedapnyaaaa... gambar pun cantik :)

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS