Acar 3 Sekawan

Tuesday, September 11, 2012




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ini bermulalah hari pertama buat 517 ribu anak-anak yang menduduki peperiksaan UPSR. Semoga dipermudahkan dan do'a dari auntie semoga anak-anak dapat menjawab semua soalan dengan tenang. Baca soalan dengan betul dan semak semula semua jawapan dan pastikan di tanda dengan tepat dan ejaannya semua betul ya. Insyaallah dengan iringan do'a dari ibu dan ayah semuanya berjalan lancar.

Saya pernah terbaca khasiat dan kegunaan yang boleh diperolehi daripada warna pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran seperti warna pada lobak merah, lobak putih,  epal merah, epal hijau dan sebagainya.
 
Contohnya warna hijau pada buah dan sayur adalah warna berasal dari klorofil, menandakan kandungan sulfarophane, isothiocyanate dan indoles. Ketiga-tiga zat ini berfungsi untuk merangsang komponen pemecah unsur kimia penyebab kanser. Kandungan serat, lutein, zeaxanthin, kalsium, folat, vitamin C, kalsium, dan beta-karoten pada sayur berwarna hijau juga membantu menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol LDL, menormalkan waktu pencernaan, mendukung kesihatan retina dan penglihatan, melawan radikal bebas berbahaya, hingga meningkatkan aktivitas sistem kekebalan tubuh. Banyak sekali buah-buahan dan sayuran yang berwarna hijau. Antaranya sawi,kacang panjang, kacang pis,kacang botol,kangkung, TIMUN BATANG, epal hijau dll.


Manakala buah dan sayur berwarna merah menandakan kandungan zat seperti likopen, asam ellagic, quercetin, dan hesperidin. Nutrisi ini mengurangkan risiko kanser prostat pada lelaki, menurunkan tekanan darah, mengawal pertumbuhan tumor dan kadar kolesterol LDL, serta menghalang radikal bebas berbahaya.
Contoh buah dan sayuran berwarna merah ialah tembikai merah, TOMATO, bayam merah, cili, jambu air dll.


Warna kuning dan oren pada sayuran dan buah-buahan pula menandakan kandungan beta-karoten, zeaxanthin, flavonoid, lycopene, kalium, dan banyak vitamin C. Seluruh kandungan tersebut berfungsi melindungi sel tubuh. Selain itu, kandungan potassium pada buah dan sayur berwarna kuning juga baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangi pembentukan plak di arteri serta berfungsi sebagai pencuci perut. Contoh; KAROT, tembikai kuning, limau, tomato.

Sumber:
Tips Untuk Semua

Hari ini saya buat Acar campuran sayur dan buah dari 3 jenis warna di atas iaitu Tomato, Timun dan Karot. Resepinya cukup mudah sebagai pembuka selera dengan campuran rasa masin, manis dan masam dari sirapnya bersama kesegaran dan khasiat sayur dan buah tersebut.




Acar Tiga Sekawan
Olahan: mymintroom


Bahan:

2 biji buah tomato( belah 6)
1 batang karot  (potong memanjang)
1 biji timun 
1 labu bawang besar ( hiris nipis)
1 biji cili merah( dihiris nipis) 

2 sudu besar brown sugar @ gula biasa
1 sudu teh garam

3-4 sudu besar cuka makan ( boleh juga guna jus limau nipis 1/4 cawan)

Cara:

Satukan semua bahan. Sesuaikan rasa kemudian simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam atau lebih sebelum dihidang.
 

Sesuai di hidangkan dengan  bersama nasi tomato,nasi minyak, dalca, ayam masak merah dan sebagainya.

Wassalam...

1 comment:

  1. wah.. macam sedap kak. thanks share :) blogwalking sini.. jumpa menu. hehe.

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS