Rumah arwah Atuk |
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Semoga sihat wal afiat semuanya dan semoga selamat tiba ke garisan penamat bulan Ramadan kali ini. Derasnya masa berlalu bagai nak sama derasnya kelajuan Usain Bolt di setiap trek yang di taklukinya. Dan pastinya kebanyakan suri rumah sudah hampir siap dengan segala keperluan dan kelengkapan yang perlu buat keluarga dan diri sendiri untuk menyambut lebaran. Kalau masih adapun cuma saki-baki yang belum selesai.
Balik beraya ke mana tahun ni? Jangan sampai ada yang kena lempar buah dadu pulak ya...sebab masing-masing tak mahu beralah nak beraya di kampung sendiri. Buat saya, sudah beberapa kali kami balik beraya di NS dahulu dan akan pulang ke Perak pada lewat petang raya pertama. Walaupun kedua ibu-bapa dah lama pergi meninggalkan kami tapi Alhamdulillah, masih rasa seronok beraya di NS. Kami lapan beradik masih ada. Jadi pulang beraya ke kampung masih menjadi tradisi walaupun kadang-kala tak cukup korum sebab ada hal yang perlu diutamakan. Pakcik & makcik masih ada. Mereka sebagai pengganti arwah ayah & ibu dan pastinya rumah mereka merupakan sasaran utama kami pada raya pertama. Bukan apa selain mengeratkan silaturrahim, anak-anak juga perlu di didik untuk mengenali keluarga & asal usul mereka, dan hari raya merupakan hari yang paling sesuai kerana semua keluarga berkumpul.
Jadi tahun ini kami akan kembali beraya ke NS seperti tahun lepas. Kalau di NS, hari masak sehari sebelum Syawal juga di kenali sebagai hari mantai. Kami akan berkumpul dan masak bersama-sama juadah untuk 1 Syawal. Selalunya menu yang menjadi kegemaran kami ialah rendang daging, sop tulang, ketupat, kuah kacang dan lontong. Lemang selalunya samada kami order dari jiran-jiran di kampung atau berkongsi buat dengan mereka. Maklumlah diantara kami tiada yang pakar dalam melemang ni. Tahun lepas kami juga ada buat barbequeue ikan dan ayam pada malam raya. Tahun ni, menunya pun tak banyak berubah cuma mungkin tak ada barbequeue sebab korum tak cukup..jadi nak buat pun tak berapa seronok. Apa-apapun tak tahu lah lagi apa plan abang yang sulung nanti.
Beraya di Perak pun tak banyak bezanya dengan beraya di NS. Aktivitinya lebih kurang sama saja. Keluarga di sini pun suka aktiviti barbequeue ni. Sudah menjadi kelaziman kami akan berkumpul, masak sambil berbual kadang-kala hingga 2-3 jam nak subuh baru tidur. Bangun subuh nanti, barulah masing-masing mata tu kelat dan merah semacam. Lepas tu pakat-pakat ambil nombor untuk mandi sebab bilik air cuma dua. Mana yang biasa mandi lama tu, ha jaga lah, sakit telinga kena sound kalau guna "extra time" masa raya ni. Itu tak apa lagi, kat NS bilik airnya cuma satu..mana yang bawah 12 tahun tu alamat kena mandi kat paip "open air" kat luar rumah lah jawabnya. Kesian budak-budak tu, menggigil kesejukan. Dah lah sejuk, kena mandi kat luar, lagilah sejuk. Tapi raya punya pasal, sejuk pun sejuklah. Apa-apapun bila dah lawa pakai baju raya, lepas salam-salam dapat duit raya yeh yeh. Sejuk pun hilang. Senyum memanjang...
Kalau cerita pasal raya ni memang takkan habis. Tapi rasanya saya stop sini dululah celoteh pasal raya.
Kuih raya yang saya plan nak buat sebenarnya masih berbaki dua jenis lagi. Tapi semalam tak sempat mengukis sebab ada aktiviti lain yang lebih penting yang perlu di selesaikan semalam jugak. Jadi saya hanya postkan juadah iftar semalam saja lah.
Mee Kolok ni pertama kali kami makan semasa melawat ke Sarawak dua tahun lepas. Pertama kali makan terus Kiki suka dengan mee ni. Mungkin sebab mee nya ala-ala maggi cam tu kan. Dia dah request beberapa kali dah minggu lepas. Baru semalam berkesempatan buat. Resepinya saya perolehi dari Dayangjack.
Mee Kolok
Sumber: Dayangjack
Bahan:
( 2-3 orang )
3-4 gulung mee sanggul / non-fried noodles
1 sdm perencah sup
100 g daging lembu
air secukupnya
sedikit garam
5 ulas bawang putih (dicincang)
8 biji cili api
1 sdt serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak masak
5 sb kicap manis
1 sb kicap pekat
2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
daun bawang dan daun sup (dihiris)
1 sdt sos ikan / sos soya
1 sdt cuka
Cara:
UNTUK SUP :
Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai
empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis2. Ketepikan kuah/supnya
(boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).
UNTUK MEE :
Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat @ ikut jenis mee yang digunakan). Keluarkan dan
toskan.
Panaskan 2 sdm
minyak masak dlm kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.
Masukkan pula mi yg tlh ditoskan ke dlm kuali dan goreng sebentar menggunakan
minyak bekas bawang td. Perasakan dgn cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit
garam. Keluarkan dan ketepikan.
Di dlm kuali yg
sama, panaskan 2 sdm minyak masak dan goreng daging yang tlh dihiris td.
Masukkan kicap pekat, 1/2 sb kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam.
Keluarkan.
UNTUK SAMBAL :
Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan
bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau xde kicap manis,
boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)
Cara Menghidang
: Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan
gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yg tlh digoreng garing dan
hiaskan dgn daun bawang. Sediakan juga semangkuk sup yg ditabur dgn daun sup sbg
kuahnya jika suka.
****kalau nak
meriahkan lg suasana mee ni, jika suka boleh juga dicampurkan dgn
sawi/fishball/fishcake/crabstick/prawns/isi ayam dsb
Wassalam...
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas komen yang segar