Kuih Kosui

Thursday, July 05, 2012

Assalamualaikum...,
semalam agak sibuk lagi sebab tolong Kiki selesaikan folio Geografi dia. Selesai binding, kena pergi rework balik sebab dia terlupa nak enclose few forms dalam folio tu...haii...terpaksa gi balik ke kedai buku tu. Nasib baik dalam kawasan taman ni juga.




















Selesai semua baru lah lega...Kiki pun dah boleh senyum sikit...
Jam 4.30pm baru boleh start prepare dishes for berbuka.
 
Kuih Kosui jer buat juadah ptg ni


Sebenarnya ada beberapa version untuk buat kuih kosui, ada yang guna lye water. Kaedah ini banyak digunakan oleh kaum baba nyonya Melaka http://nyonyafood.rasamalaysia.com/kuih-kosui/2/. Kalau tak ada lye water bukan kuih kosui namanya, katanya lah. Ada yang guna mee sua sebagai ganti lye water sebab susah nak dapat http://blessedhomemaker.blogspot.com/2011/10/kuih-kosui.html. Dan yang paling kerap di guna ialah air kapur saja. Air kapur lebih banyak digunakan oleh orang Melayu.
Resepi yang saya guna ialah yang menggunakan air kapur sebab itu yang lebig mudah.


Kuih Kosui (use air kapur)
·         Bahan:


o     3 cawan tepung gandum
o     1/2 cawan tepung ubi
o     1 TSP sudu makan kapur di cairkan dengan air (klu satu sudu makan tu diratakan)
  
Kesemua bahan di atas dibancuh dengan 3 cawan air dan kemudian diblend

o    1 helai daun pandan
o    2 cawan gula pasir
o    3/4 cawan gula timbang atau gula merah 
    (pilih gula yg warnanya hitam supaya mendapat  warna kuih yg cantik tanpa letak pewarna)
·         Cara:
·         Masak gula timbang dengan 3 cawan air dan daun pandan hingga gula larut. Setelah gula cair tapis dan biarkan seketika.
Kemudian masukkan air gula tadi kedalam adunan bahan yang telah diblend tadi dan kacau rata. Masukkan bancuhan ini dalam acuan.
Panaskan kukusan dan kukus kuih ini anggaran 15 minit. Bila kuih ini naik mengelembung  atau berbuih di atas ini bermakna kuih ini telah masak.

Hidangkan dengan kelapa muda (perasakan dengan sedikit garam)



Ada lebih lak bancuhannya, nak letak dalam talam 12 inci tak muat pulak periuk kukus, lastnya terpaksa boh dalam acuan apam ni...


Masak Lemak Cili Api Ayam
Masak lemak cili api ni salah satu kogomaran den...
Badan pun dah agak letih banyak atvt hari ni jadi menu ni paling simple yang boleh disediakan..

Bahan:
Ayam setengah ekor (potong kecil)
Santan dari sebiji kelapa (kalau nak pekat lagi tambah lah kelapa)
*Ciliapi 8-10 bj (kalau nak pedas tambah lagi)
*Bawang merah 6 bj
*Bawang putih 1 bj ( saya tak letak)
*Kunyit hidup @ kunyit serbuk 1 TSP. Kalau kurang kuning boleh tambah
*Halia (sedikit)
Garam secukup rasa
Asam keping 1 keping
Serai 2 btg (dititik)
Daun kunyit  sehelai
Ubi kentang 3 bj potong 4. 

Blend semua bahan * di atas,
Masakkan bersama serai & ayam . Masukkan garam. Terus masak hingga daging ayam kecut @ sehingga airnya kering sedikit.
Masukkan santan.
Masukkan asam keping.
Masukkan ubi kentang.
Terus masak hingga ubi kentak cukup empuk.
Sebelum hidang masukkan hirisan daun kunyit.
Pecal ( Tauge,kangkung, sengkuang & timun, kuahnya beli je)














No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS