Monday, September 20, 2010

Ragam anak-anak & cucu.....






AURA KIKI AND ABAH nya...

Tak tahu lah kenapa...tapi sejak dulu Kiki disukai & mudah didekati oleh kanak-kanak. Abah dia pun sama....Tengok lah gambar-gambar menarik kedua beranak ni ngan anak sedara & cucu....









1600/RAYA+2010+014.JPG">

Hikmah...

Hari Sabtu raya ke 9 (Sept 18)jam 9.20 malam, kami ngan Raihan, Nazri & Haizen ke Rawang nak pinjam kereta Kanchil Achik Izah (SIL) untuk 2 bulan sampai Rush to selesai repair. Kami singgah makan di Mc D Ipoh. Everyone were happy esp Haizen makan bubur nasi. Pas tu, teruskan perjalanan dalam 10.15 pm. Sampai sana lebih kurang 12.30 malam. Acu masih fobia sepanjang berada di highway. Asyik berdebar-debar je jantung ni. Sorry Jimie , Ateh..Acu tak dapat nak ke rumah sebab terlalu letih...lagi pun kesian pulak ngan Khalid. Ahad dia nak drive lagi ke Ipoh. Kami kat Rawang ni pun asyik tidur jer..
Yeop (BIL) and Bang Long (anak BIL) pun ada datang..tapi tak banyak yang di bualkan sbb letih. Bawah ni ada foto masa kat Mc D & Rawang...
Kami bertolak balik ke Ipoh dah jam 6.30pm, dari Bandar Tasek Putri (rumah SIL Acik Izah) nak ke tol Rawang, jalan jam teruk 1 jam baru sampai tol compare ngan 15 minute waktu biasa. Kami stop sat untuk solat Maghrib (mana plak tak ingat tapi lepas R&R Rawang). Lepas solat, Khalid cek keta kancil tu air cond tak function. Dia suruh Raihan ngan anaknya Haizen pi ke Navara. Cuma Nazri (E) je lah yang drive Kancil tu sorang2. Kami ikut belakang bawak pun tak laju 60-80 km/j jer. Tapi bila sampai je kat Rehat Ladang Bikam, tiba2 Kancil tu berpusing 360 degree and undur ke belakang. Cemas betul situasi masa tu. Nasib baik E cepat bertindak terus ke tepi dalam keadaan mengundur berlawan arah jalan. Aduyai..berderau darah, nasib baik Khalid cepat elak kalau tak lagi sekali.... Nasib lah kereta kat highway pun tak banyak. Kami berhenti kejap & chek, mula2 ingat tayar pecah tapi tak..kami pun tak tahu apa yang menyebabkan kanchil tu tetiba jer tayarnya ke kiri dan menyebabkan dia berpusing. Lepas yakin tak de apa2 lagi yang tak kena..kami pun teruskan perjalanan. Masing2 diam membisu..tak tau lah apa yg bermain dlam fikiran yang lain tapi yang pasti Acu mmg fobia..Raihan yang selalunya tidur bila dalam kereta tapi malam tu dia berjaga dan mata asyik tengok Kancil di depan...Kami stop di Tapah for dinner pas tu gerak & sampai Ipoh dalam 11.30 mlm. Panjang betul journey kali ni. 5 jam dari Rawang ke Ipoh..Syukur semuanya selamat. Izah sms dalam 11.30pm jugak tapi tak boleh nak cerita..suruh Khalid jer call balik. Terkejut dia agaknya dengar pasal Kancil tu.. Acu belum cuba lagi drive Kancil ni..sbb hari ni tak keja..MC.







Walaupun Raya tahun ni Acu, Angah, Nahar dan Kiki terlibat dalam kemalangan namun Acu yakin ada hikmah disebalik kejadian ini. Yang pasti Acu tetap seronok sebab raya tahun ni ramai yang datang bertandang ke rumah...tak putus2 adik-beradik yang datang. Kami tak cukup tidor sepanjang minggu lepas ( raya ke 6 sampai lah raya ke 10) sebab seronok menyembang.Tapi tak pe bukan selalu.alhamdulillah...,terimakasih semua....
Tak teringat nak snap photo masa Encik ngan Bang Hap sekeluarga datang...terlampau seronok agaknya.





Friday, September 17, 2010

Perjalanan ke Sg Buloh Raya Ke-6....bad memories...


Kerusi bahagian depan senget sebab hentakan dari Nahar kat tpt duduk belakang. Mujur Kakak yg duduk kat depan tak apa2..cuma buku lali kiri sakit sebab tahan dari terhentak ke depan.

Ini bahagian belakang yang di hentam estima tu...walaupun sikit tapi dia memang laju..lepas langgar dia terus jalan tapi buat report kat Balai Tapah. Driver Melayu.



Enjin tak rosak mungkin...tapi habis tertolak ke belakang..pintu semua tak boleh fungsi dah...


Hilux ni melintang kat sebelah kanan jalan sebab terlanggar divider..Masa ni hujan renyai2.Kita dah nampak dah kereta tu accident..dan sempat slowdown untuk turn left tapi belum sempat nak turn kereta Toyota estima hentam dari belakang terus tersentak dan tertekan minyak lalu menghentam Hilux ni...memang terkejut dan tergamam sebab tak tahu ada kereta Estima tu kat belakang..ingat kan dah okay dah...mujur semuanya selamat...masa tulis ni dada & bahu masih sakit kena hentakan seat belt & air bag...Kalau nak tidur...bangun tidur malah...buat apa2 pun masih terbayang kejadian ni....Walau macamanapun lagi sekali syukur alhamdullilah...semuanya selamat.

RAYA 2010 LAGI....