Showing posts with label TOYS. Show all posts
Showing posts with label TOYS. Show all posts

Pineapple Orange Cake...& testing new KA

Monday, December 17, 2012


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Apa khabar...bertemu sekali lagi di hari Isnin. Kita semakin menghampiri penghujung tahun 2012.  Rasanya waktu ni ramai ibu-bapa yang mengambil peluang menghabiskan masa hujung minggu  untuk membeli-belah kelengkapan dan keperluan sekolah anak-anak. Anak-anaklah yang paling seronok; dari baju sekolah, kasut, beg, perkakas tulis hinggalah ke bekas air dan makan pun nak yang baru. Tambahan yang ada gambar kartun kegemaran. Bila tengok gelagat ibu-bapa melayan kerenah anak-anak di pasaraya, saya turut tersenyum gelihati.

Okay, sebenarnya oven yang sudah membantu saya di dapur sejak tahun 1998 dah tak boleh berfungsi dengan sempurna sejak 2 minggu lepas. Nak buat kek pun kena buat yang kukus-kukus :). Memang ada niat nak beli yang baru...agaknya sebab tu oven lama tu meragam kot :).

Survey punya survey, saya berkenan dengan oven dari brand Trio ni. Model 482. Harga berpatutan. Saya berkenan dengan design dan juga fungsi nya yang mudah. Ruangnya pun luas dengan muatan tray  13 inci x 10 inci serta boleh memuatkan 3 tray. Wire rack nya ada satu tapi boleh order lagi kat kedai tu kalau nak.  Muatan loyangnya pulak  kalau loyang 7 inci x 7 inci  boleh muat 2 loyang.

Gambar ikhsan  Google
Saya pun dah lama "ushar" heavy duty stand mixer, tapi belum berpeluang untuk membeli. Cik Suami perasan kot saya selalu tengok stand mixer kalau kami gi shopping, so dia tanya nak beli ke...hai bagai orang mengantuk disorongkan bantal lah jawabnya. Jadi bila beli oven kami beli jugak stand mixer dari brand yang sama. 


Jadi semalam, saya sangat teruja nak merasmikan kedua-dua KA (Kitchen Assistant) saya ni. Saya memilih untuk buat  Pineapple Orange Cake  ilham dari siri masakan yang saya gemari, Giada At Home. Tapi kek yang  Kak Giada buat dalam siri tu Orange Cake yang dicampur dengan daun pudina. Saya ingat resepinya dalam kepala sebab selalu tengok rancangan ni...dah minat tengok banyak kali pun tak jemu:). Tapi saya ubah-suaikan resepinya sebabnya saya nak habiskan stok nenas yang berbaki dari buat Upsidedown Pineapple Cake tempoh hari. Maka jadilah ia Pineapple Orange Cake. Menjadi jugak keknya...gebu dan sedap serta tak terlalu manis. Cuma keknya turun sikit mungkin sebab saya terlewat keluarkan dari loyang selepas dibakar.

Pineapple Orange Cake
Ilham dari: Giada de Laurentis
Olahan: mymintroom

Bahan A:
 
4 bj kuning telur gred A
Zest dari sebiji oren
1/2 cwn jus buah oren
1/2 cawan jus nenas dalam tin
2-3 keping nenas dalam tin di cincang halus.

Bahan B:

4 bj putih telur gred A
1 cwn gula - kalau nak manis tambah lagi 1/2 cwn.
1 st essen vanilla

Bahan C: * Hendaklah diayak bersama

2 cwn tepung *
3 st baking powder *
1/2 st salt *
1/2 cwn minyak jagung (minyak masak @ butter cair pun boleh)


Cara:

Panaskan 350° F (180° C).  Griskan loyang pembakar saiz 8x8 inci. 
Dengan menggunakan hand mixer, pukul bahan A (kecuali nenas cincang)  hingga ringan dan gebu. Bila dah gebu masukkan nenas cincang dan pukul sebentar hingga sebati. Ketepikan.
Dalam bekas lain yang bersih dan kering, pukul putih telur hingga berbuih. Tambahkan gula sedikit-sedikit dan terus putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi kental dan bertanduk ( meringue). Bila dah kental masukkan essen vanilla dan pukul sebentar saja.
Masukkan 1/3 bahagian adunan putih telur ( meringue) ke dalam adunan A tadi dan gunakan kaup balik dengan spatula hingga rata.
Masukkan semua baki adunan putih telur dan ratakan secara kaedah kaup balik juga sehingga adunan bergaul rata dan sempurna.
Masukkan pula tepung yang telah diayak dan kaup balik adunan hingga rata. Akhir sekali masukkan butter cair dan kaup balik semula hingga semua adunan bergaul sebati. (Bila mengaup balik adunan jangan terlalu  kuat supaya kek gebu dan tidak turun bila dah masak nanti).
Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau sehingga lidi yang dicucuk dalam keadaan kering.

Keluarkan kek dari loyang selepas 10 minit  dan letakkan di atas redai.

Wassalam...

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS