Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Daging Api-api yang berapi

Wednesday, January 16, 2013


Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

 Kata orang Nogori.., "Ubek podeh tolan gulo" (ubat pedas telan gula)...emm...macam tu lah kami sekeluarga lepas makan nasi berlaukan Daging Api-api dari Resepi Chef yang tidak asing lagi iaitu Chef Ismail ni. Memang pedas dan panas berapi..bagi yang tak berapa tahan pedaslah kan..Cik Suami makan rileks aje...sebab memang kaki makan pedas. Yang tak tahan Si Bujang tu lah..."Sedap tapi pedaslah mak", katanya.

Kesian dia...tapi nasib baik saya buat pemanis mulut. Lepas makan hilang pedas bila makan dessert:).
Dessert nya saya share kemudian ya.


Azlita (Masam Manis) pun ada buat lauk berapi ni baru-baru ni Di Sini.  Memandangkan saya ada stok daging dalam freezer dan tak ada idea nak masak apa, saya cubalah resepi ni pulak. Memang tak rugi mencuba sebab rasanya memang sedap cukup masin, manis di hujung-hujung, masam  dan yang penting pedasnya.

Bahan-bahan yang diperlukan semuanya yang biasa terdapat di pantri jadi tak susahlah kan. Saya masak untuk 500g daging sahaja, jadi bahan-bahannya saya kurangkan separuh dan 350ml air tu saya gunakan air dari rebusan daging.


Daging Api-api
( Klik!  untuk print resepi)
Rujukan: Azlita Masam Manis
Resepi Asal : Chef Ismail (Kuisin Warisan Melayu)

Bahan:

125 ml minyak masak
2 sudu besar gula
1 kg daging ~ di potong, cuci bersih dan rebus hingga empuk
350 ml air - saya guna air dari rebusan daging
2 sudu besar air asam Jawa
3 sudu besar kicap pekat lemak manis
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam tumbuk kasar ~ untuk ditabur

Bahan Kisar:

30 tangkai cili kering ~ direbus hingga lembut
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam

Cara:

Letakkan minyak masak dalam periuk dan panaskan atas dapur
Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau
Kacau dan kecikan api
Tambahkan gula dan kacau sehingga berkaramel dan kelihatan berkliat
Masukkan daging yang sudah direbus, balik-balikkan dan tambahkan air, air asam Jawa, kicap dan garam secukup rasa.
Masak sehingga kuah pekat.
Angkat setelah masak dan taburkan lada hitam.

Saya tak masak sayur cuma sediakan ulam Terung  dan Peria Katak bersama Sambal Tempoyak. Boleh katakan hari-hari saya makan ulam dengan sambal tempoyak ni tapi tak jemu sebab saya memang peminat tegar sambal tempoyak dan sambal-sambal yang sewaktu dengannya.

Tapi sambal yang saya buat kali ni saya tambah ikan bilis dan jus limau untuk sedikit kelainan. Okay jugak rasanya.


Sambal Tempoyak
( Klik! untuk print resepi ) 

Bahan:

10 biji cili api kampung
Segenggam ikan bilis @ dalam 15 ekor
2 SB  tempoyak.
Garam secukup rasa
Jus  dari sebiji limau kasturi  

Cara: 

Tumbuk cili dengan garam hingga hancur, masukkan ikan bilis, tumbuk lagi hingga separuh hancur.  Gaulkan dengan tempoyak hingga sebati. Masukkan jus limau. Gaul lagi. Sesuaikan rasanya. Siap untuk dimakan dengan apa saja ulaman yang digemari.
Sesuai dimakan dengan sayuran @ ulaman seperti timun,kacang panjang,kobis rangup, pegaga, ulam raja, petai, terong, bendi dll.

Wassalam...

Roti Jala....

Thursday, November 01, 2012

 Jala-jala ikan jala tepi pantai
Kita naik sampan kerja ramai-ramai
Dayung-dayung sampan dayung laju-laju 
Mana ada ikan situ kita tuju


Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Baru balik dari menjala. Lazimnya, pagi bangun 6.15am tapi pagi semalam,  nak gi menjala punya pasal bangun awal. Awal sikit jer...5.45 am :). Dengan hujannya...ombak yang memukul-mukul sampan, nasib tak jatuh ke laut...:) Heh! heh!..

Semalam buat Kari Ayam, sambal yang tinggal cinonit tu dari freezer- lebihan nasi lemak tempoh hari. Biasalah...kalau kari ayam mesti ada lebih atau saja buat bagi ada lebih. Kalau tak pekena ngan lempeng, ngan cucur...kalau terlebih rajin...Roti Jala lah kita. Masuk aje semua bahan ke dalam "food processor" tak sampai 5 minit siap!! Lepas solat Suboh terus menebar jalanya. Buat 2 cawan tepung, tak sampai 40 minit siap!

Selalu menjala salah satunya Di Sini, tapi saya share jugaklah resepinya di sini ya.



Roti Jala

Bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
Sebiji telur
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit

Cara: 
Satukan semua bahan dan kacau hingga sebati. Guna blender atau food processor lagi senang dan cepat. Perapkan setengah jam (tapi saya tak perap sebab masa tak mengizinkan), sebelum mula menebar menggunakan acuan roti jala. Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan ke dalam acuan roti jala (saya guna acuan botol sos bercabang 3, cara menebar ada dekat link di atas ya). Tebar/kirai adunan atas kuali. Biarkan hingga roti jala tu masak. Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing-masing.

Kari Ayam 

Bahan:

1/2 ekor ayam - potong kecil, basuh, toskan
3 biji kentang, kupas belah 4 setiap satu dan rendam
1 keping asam gelugor
2 camca besar cili kisar (nak pedas lagi boleh tambah)
4 camca besar penuh rempah kari daging
Air secukupnya
1 cwn santan pekat
Garam dan gula secukup rasa 


Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Tumis:

2 tangkai daun kari, leraikan dari tangkai
3 biji bawang merah - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih 

Cara:

Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing, guna api kecil. Masukkan bahan kisar berserta rempah kari yang dijadikan pes. Kacau rata dan tumis hingga rempah garing dan terbit minyak. Kacau selalu supaya tak hangus dan tak melekat di dasar periuk.

Masukkan ayam, gaul rata dan biar ayam kecut dengan rempah tadi. Masukkan kentang (toskan dulu). Gaul rata. Tuang air secukupnya. Biar mendidih.Tambah asam gelugor dan masak hingga kentang empuk. Masukkan santan dan terus masak hingga kuah cukup kepekatan yang disukai.

Seimbangkan rasa garam dan gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama makanan kegemaran seperti roti, lempeng dan nasi.

Sambal Ikan Bilis
Sumber: Dayang Jack

Bahan:
3 biji bawang merah (kisar)
1/2 labu bawang besar (kisar)
Belacan bakar secukupnya(kisar)
Segenggam ikan bilis (dibersihkan)
3 senduk cili kering kisar (-/+)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula melaka secukupnya
1/2 labu bawang besar (dihiris)
Cara:
Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bahan-bahan kisar diikuti cili kisar hingga pecah minyak.
Masukkan ikan bilis, garam dan gula melaka. Kacau lagi.
Kemudian masukkan air asam jawa dan bawang besar. Apabila bawang sudah layu, bolehlah dipadamkan api. Angkat dan hidangkan.

Saya memang suka resepi sambal ikan bilis ni. Tak guna bawang putih. Memang sedap.


Rasa-rasa boleh jala ikan bilis tak dengan jala ni? Sangkut ke ikan bilis tu dalam jala ni? Mari kita cuba nak? Eh! Eh! Sangkut rupanya...tapi sangkut terus ke mulut...:)


Wassalam...

Nasi Lemak Sambal Sotong

Tuesday, October 09, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Hujung minggu lepas, dua hari berturut-turut Kak Zie (Azie Kitchen),   menternak lemak (hi hi...jangan marah ye Kak Zie cayang...). Amboi, mavelesnya nasi lemak dan sambal yang Kak Zie dok tayang kat dapur dia tu. Gerammm je tengok. Hajat hati memang nak buat petang Sabtu jugak sebab bahan-bahan memang ada tapi terpaksa dilupakan dulu hasrat di hati sebab Cik Abang tak berapa sihat. Perutnya memulas dari hari Jumaat lagi membawa ke Sabtu, Ahad baru lega sikit. Entah di mana silapnya angin menyucuk-nyucuk dalam perut. Nak kata sebab sarapan yang kami makan pagi Jumaat, Kiki dan saya okay je. Tapi suami saya ni memang sensitif sikit perutnya, pantang silap sikit.


Nasi Lemak dan Sambal Sotong ni saya buat untuk sarapan semalam. Kukus lagi you...Saya masak malam sebelumnya (Ahad). Jam 11.30pm siap semuanya. Pagi Isnin cuma kukus balik aje. Makan panas-panas. Konfem ngantuk lepas makan..^-^.  Saya kongsikan terus di sini resepi Nasi Lemak Kukus dan Sambal Sotong buat rujukan.


Nasi Lemak Kukus
Oleh: mymintroom


Bahan:
2 cawan beras basmathi - basuh dan tos
2 cawan santan - 1 cawan santan pekat campur 1 cawan air
2 bawang merah - hiris
1/2 inci halia - hiris halus
1 batang kulit kayu manis - saya tak letak
2 helai daun pandan - carik dan simpul
1 sudu besar majerin - saya guna butter
Garam secukupnya

Cara:
Panaskan majerin, tumis bawang serta halia. Masukkan daun pandan. Goreng sehingga wangi. 

Masukkan beras dan goreng seketika sehingga rata. Masukkan santan dan air. Akhir sekali masukkan garam. Biarkan nasi masak dan santan hampir kering.

Pindahkan nasi ke dalam periuk pengukus yang airnya telah mendidih dalam 20 minit. Sekali sekala dibalik balikkan. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Sambal Sotong
Olahan: mymintroom
Bahan:

10 ekor sotong - bersihkan dan potong ikut suka
Cili kering yang dikisar - 2 senduk
5 biji bawang merah - kisar
2 biji bawang besar - kisar
2 biji buah keras - kisar  
Sedikit ikan bilis - kisar
Sedikit belacan
Air asam jawa
Garam, gula secukup rasa - saya guna light brown sugar

Cara: 

Tumis semua bahan kisar bersama belacan hingga naik bau.

Masukkan cili kisar dan teruskan masak hingga pecah minyak.


Masukkan air asam jawa. 

Masukkan sotong. Perasakan garam dan gula. Masak hingga kuah pekat. Seimbangkan rasa. Tutup api dan sedia untuk dihidang.


Wassalam...

Sambal Sotong

Tuesday, July 10, 2012


Assalamualaikum,
     Selamat pagi, hari ni sarapan quaker oat saja, seperti selalunya. Kalau sarapan yang berat-berat lazimnya bila hari minggu. Sambal sotong ni sebenarnya lauk hidangan malam semalam. Sotong ni dah di beli pada hari Rabu lepas lagi. Memang saya kalau ke pasar, beli stok untuk seminggu. Sayur tu kena cari yang tahan lama dan pandai-pandailah nak plan. Mana yang tak berapa tahan disimpan dalam fridge tu kena masak dulu. Yang tahan lama tu, bolehlah di kemudiankan. Jadi, semalam giliran si sotong ni pulak lah jadi habuan kami hi hi.
     Resepi untuk sambal sotongnya:

  Bahan-bahan :
  • 7-8 ekor sotong sederhana (dibersihkan)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 cm halia (dikisar)
  • 1 cam lengkuas (dikisar)
  • 3-4 sudu besar cili kisar/cili giling
  • 1 inci belacan bakar (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dihiris, saya tak letak sebab anak saya tak suka)
  • sedikit air asam jawa
  • gula melaka
  • garam secukup rasa
Cara-cara 
  1. Gaul-gaulkan sotong dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian digoreng hingga masak/garing. Ketepikan.
  2. Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar hingga garing. Masukkan garam, gula dan bawang besar. Kacau lagi. 
  3. Akhir sekali masukkan sotong dan air asam jawa. Gaul-gaulkan sebati hingga kuahnya pekat. 
      Semalam sempat cekau pucuk ubi dari rumah mak kat kampung selain dari belimbing buluh. Jadi sayurnya cuma ulam pucuk ubi rebus & bendi rebus cicah ngan sambal belacan belimbing buluh.
     
Ulaman & Sambal belacan + belimbing buluh

     Untuk anak kesayangan pulak, takut tak berapa gemar sambal sotong, saya panggangkan ayam. Resepi Ayam Panggang Akak ni dah menjadi kegemaran kami sekeluarga pulak sejak saya mencubanya. Ayam tu (setengah ekor dipotong kecil); gaulkan dengan rempah daging 2 sudu, serbuk cili 1 sudu, serbuk kunyit sedikit, garam secukup rasa & madu 2 sudu. Kalau tak ada madu kicap manis pun boleh. Perap selama 1-2 jam, lepas tu panggang pada api 190 Celcius selama 40 minit.

     Emm, nampaknya tekaan saya salah, sambal sotong tu habis tinggal kuah aje, ayam pun licin..alhamdulillah...



   




 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS