Showing posts with label KURMA. Show all posts
Showing posts with label KURMA. Show all posts

Kurma Daging (tanpa santan)

Thursday, October 02, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Agak lama jugak tak masak kurma ni. Sesekali timbul keinginan nak makan bukan boleh ditahan-tahan kan. Bulan ni dah dua kali saya masak kurma daging. Kali pertama saya campurkan  daging kambing yang sedikit bertulang bersama telur rebus. Kali kedua daging saja. Tapi kedua-duanya saya tak letak santan. Memang dah lama saya tak menggunakan santan dalam masakan kari atau kurma. MLCP tu kena letak lah kan tapi kat rumah ni walaupun saya berasal dari NS saya kurang masak MLCP sebab anak tak berapa suka. Maklumlah semasa saya bekerja dulu sebahagian besar usia kecilnya diasuh oleh pengasuh yang berketurunan mamak. Memang mamak piau punya kata orang utara. Masa tu kami masih menetap di Kulim. Jadi dia dah biasa dengan masakan ala-ala mamak atau senang cerita masakan kari. Sesekali kalau saya teringin nak makan MLCP, barulah saya buat, tapi memang jarangggg.

Kurma Kambing + Telur
 Saya suka menggunakan resepi ini setiap kali masak kurma tak kiralah kurma  daging, ayam atau kambing. En. Suami dan anak pun suka. Bila ada kuah yang lebih jangan buang tau, frozenkan aje nanti boleh rebus telur dan jadilah ia kurma telur :)


Kurma Daging (tanpa santan)

Bahan:

600g daging - hiris tebal, cuci dan toskan - (saya gunakan daging lembut yg ada sedikit lemak)
2 biji kentang - kupas dan potong 4 setiap satu, rendam
2 biji tomato – belah 4
Cili merah dan cili hijau – belah 2 jgn sampai putus
3 camca besar penuh rempah kurma Faeza
1/2 camca besar gula melaka
1/2 camca besar lada hitam biji - kisar halus
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan kisar:

1 biji bawang besar – belah 4
2 biji buah keras
1 inci halia
2 ulas bawang putih

Bahan tumis:

7 biji bawang merah - hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camca teh jintan halus
1 camca teh jintan halus
1 sdb ketumbar biji kisar halus
Cara:

Masukkan daging yang telah dipotong dan dibasuh ke dalam periuk , masukkan air sama paras dengan daging serta sesudu kecil garam dan rebus sehingga sedikit empuk. Bila dah empuk, toskan dan buang air rebusan tersebut sebab ia penuh dengan lemak aje. Ketepikan daging.
 
Panaskan sedikit minyak. Masuk bahan-bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah bahan kisar halus dan masak hingga pecah minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
Masukkan tomato dan rempah kurma, kacau rata dan masak lagi hingga rempah garing. Masuk daging, gaul rata dan biar hingga daging mesra dengan rempah. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masak hingga daging empuk. Masukkan lada hitam dan kentang. Kacau rata.

Terus memasak hingga kentang empuk. Tambah cili merah dan cili hijau. Perasakan dengan garam dan gula melaka. Kacau perlahan dan masak sekejap. Jika rasa dah seimbang, matikan api. Hidangkan bersama nasi dan sebagainya.

Nota: Kalau guna daging yang liat, boleh guna pressure cooker atau rebus daging berasingan hingga lembut dan ikut kaedah yang sama.
 

Kurma Kambing + Telor
Selamat Mencuba!


Bazaar Ramadan 21 - Jom Gi Ganu.....

Friday, August 10, 2012


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Nampaknya hari ni iftar dengan nasi lagi. Iftar semalam pun nasi jugak, tapi Nasi Goreng Cili Padi bertemankan Tomyam Putih tapi tak post sebab emm...penyakit "M" tu datang menyerang.  Hari ni pula iftar dengan nasi nun dari jauh..." Nasi Minyak Ganu " kito deh...Resepi Nasi Minyak Ganu ni saya dah lama C&P dari blog Azlita (masammanis) sejak dari awal Ramadan lagi tapi belum berkesempatan nak buat. Petang tadi mood tu datang lak lepas selesai mengukis kuih raya...jadi saya pun dengan semangatnya mulalah bersilat gayung kat dapur selepas beristirehat sebentar dari mengukis.


Emm, bau tumisan bahannya memang menusuk-nusuk ke hidung...satu rumah bau. Betul kata Azlita. Kiki yang dok mengadap komputer pun kejap-kejap tertoleh-toleh ke dapur. "What's cooking mom?", tanyanya.
Hi hi..., tak de lah, acah aje. Dia kalau dah mengadap cermin ajaib tu mana hairan dah apa yang kita buat kat dapur tu.
Memang sedap nasi ni..., terimakasih sekali lagi Ita kerana dengan post-post yang menarik berjaya menimbulkan minat akak untuk mencuba resepi ni. Akak akan sharekan pula di sini resepinya untuk kenangan...

NASI MINYAK GANU
Rujukan : Coretan Dari Dapur

Bahan: 

3 cawan beras basmathi
4 1/2 cawan air ~ jika guna beras lembut kurangkan air atau mengikut kesesuaian beras
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil garam
pewarna kuning
2 helai daun pandan ~ disimpul
 
Bahan Tumis:

1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar marjerin
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inc kulit kayu manis
1/2 inc halia ~ di mayang
3 ulas bawang merah ~ dimayang
1 ulas bawang putih ~ dimayang

Beras dicuci kemudian di toskan airnya. 
Panaskan minyak sapi dan marjerin dalam periuk.
Masukkan bahan tumis
Tumis hingga naik bau atau warna kekuningan
Masukkan beras dan daun pandan.
Kacau sekata
masukkan air dan susu
Tanak hingga nasi kering
Kemudian titikkan pewarna kuning
biarkan seketika.
Kemudian gembur nasi menggunakan garfu



 Dalam fridge tu cuma tinggal ayam dan daging kambing aje. Ayam...? Tak ada mood nak masak ayam. Yang sedap cuma masak kurma aje kat tekak ni kalau berbicara pasal daging kambing. So, buat teman Ganu kite..., kurma kambing lah jawabnya...yang pernah saya share Di Sini.


Ha, yang ini nak kata jelatah bukan, nak kata acar pun bukan, cuma disebabkan nasi dan kurma dua-duanya lemak, jadi saya cuma tambahkan timun, lobak & bawang yang di racik ni bersama cili merah dan hijau (juga diracik) dan diperasakan dengan cuka, garam & gula untuk rasa masam kat lidah ni. Kira macam appetizer lah kan. Sedap jugak walaupun tak letak udang kering. 


Wassalam...

Kurma Kambing

Monday, July 02, 2012

Bahan-bahan:
Daging Kambing 600g potong sederhana kecil
Bawang merah 5 biji (Mint Room guna bawang besar sebiji) - hiris
 Bawang putih 2 ulas - hiris
Sedikit halia - hiris
 Kulit kayu manis 1
Bunga Lawang 2
Buah pelaga 2 bj
Sebungkus kecil rempah kurma
2 biji cili merah (belah dua, belah smapai pangkal je)- optional
Bawang besar potong 4
setengah cawan yogurt
setengah cawan kacang tanah (goreng dan blend hingga lumat)
1 cawan air (kalau nak kurangkan pekat pada kuah, tambah sedikit air)
Minyak untuk menumis

Cara:
1)Tumis hirisan bawang merah,bawang putih dan halia serta kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau.
2)Masukkan rempah kurma dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3)Masukkan daging kambing dan masak hingga lembut.
4)Masukkan ubi kentang.
5)Garam secukup rasa.
6)Masukkan yogurt dan kacang tanah yang telah ditumbuk dan masak lagi hingga sebati.
7)Masukkan bawang (yang dibelah 4) dan cili merah.

Nota: Kalau sukakan santan, boleh gantikan kacang tanah tu dengan santan ya...
 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS