Grill, broil atau BBQ? Part III

Friday, February 08, 2013

 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Gril sudah, broil pun kita dah sentuh. Kali ni kita ke bab terakhir iaitu barbecue atau BBQ. Kalau gril atau broil, kedua-duanya memerlukan haba yang tinggi dan masak dalam masa yang lebih singkat tapi BBQ memerlukan masa yang lebih lama dan haba yang kurang tahap kepanasannya (110 C atau kurang) serta yang paling penting mesti ada asap. Kalau tiada asap...itu bukan BBQ.

Pendek kata, BBQ adalah kaedah masak yang perlahan, haba yang rendah dan berasap.

Oleh kerana BBQ memerlukan asap, kaedah ini mesti menggunakan arang. Jadi ia lebih sesuai dipraktikkan di luar rumah. Gril masih boleh dilakukan di dalam rumah kerana kita masih boleh menggunakan dapur gas untuk menggril.

Emm, barulah faham beza antara grill dan BBQ:)

Lagi sekali, bagus ke BBQ untuk kesihatan?

Walaupun BBQ memerlukan haba yang rendah, tapi lebih lama daging dimasak lebih banyak peluang untuk HA ( bahan yang menyebabkan kanser ) boleh terbentuk. Lagipun susah juga kan kita nak mengawal tahap haba supaya tak terlalu panas.  Apatah lagi asap yang dihasilkan oleh pembakaran boleh mencemarkan udara.

Emm, susah juga ya..ketiga kaedah gril, broil dan BBQ boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan.

Tapi saya percaya kita kena ada kepelbagaian/variety dalam setiap makanan yang kita ambil/makan dan juga cara untuk memasaknya. Setiap kaedah ada cara untuk kita mengawalnya supaya lebih kekal berkhasiat dan tidak mendatangkan mudarat.

Kalau kita masak dengan merebus aje pun...tak elok jugak sebab khasiat makanan yang direbus lebih banyak yang hilang berbanding dengan yang dipanggang.

 Begitu juga jenis makanan yang kita makan...semuanya mengandungi zat dan khasiat tersendiri untuk kesihatan tubuh badan. Tapi kalau diambil secara berlebihan akan mendatangkan mudarat juga. Pendek kata, kita tidak boleh meninggalkan yang satu dan tumpukan lebih kepada yang satu lagi...sahaja...Mesti "well-balance". Betul tak. Ish..macam nutritionist pulak saya kali ni::) Okay...itu saja untuk kali ini. Harap boleh menjadi manafaat sesama kita.


Wasalam...

(Sumber maklumat & photo: Google)

5 comments:

  1. Makasih ye kak Ita sebab selalu kasi info yang sangat berguna nie....he....he...

    ReplyDelete
  2. good info kak mar.. yup kalau berlebihan jadi mudarat plak kannn...

    ReplyDelete
  3. Masak daging dengan lama dan dengan api yang perlahan dapat melembutkan daging.. Masak cepat boleh potong halus-halus :)

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS