Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Bila cuti, blog ni pun ikut cuti gak. Berdentam-dentum mercun kat luar sana dua-tiga hari lepas. Adus... semangat. Kalau ada masalah jantung mau rabak dah jantung ni dek dentuman mercun tu. Tapi tak pe lah kan...sekurang-kurangnya depa main mercun tak de kita dengar putus jari ke putus telinga ke. Depa main mercun betul-betul ikut arahan kat kotak mercun tu. Yang jadi putus jari putus telinga tu sebab main ikut suka arahan dari hati.
Masa tengok Opor Ayam kat Dapur Ibundo hari tu, teringin nak rasa. Nak ku mintak semangkuk nun jauh di sana. Nampaknya kena buat jugaklah. Kalau tak, sampai ke sudah tak tahu rasa dia camana kan?
Tapi saya buat 1/2 ekor ayam aje. Jadi bahan di bawah ni agak-agaklah untuk 1/2 ekor ayam. Lepas tu saya tambah kunyit hidup sikit. Bukan suka-suka je nak tokok tambah, saya Google memang boleh tambah kunyit hidup. Tapi daun salam tu kena ada mak neng ya. Semua resepi ini yang saya Google kena letak daun salam atau dalam Bahasa Omputih nya Indonesian Bay Leaf. Kalau tak letak daun salam tu rasanya tak qualify lah nak panggil Opor Ayam ya. Apa-apa pun terimakasih Bundo sebab berkongsi resepi dari tanah seberang ni. Saya kongsi kat sini lak ye.
Opor Ayam
( Print resepi )
Sumber
: Ibundo
Bahan:
1 ekor ayam
1 biji kelapa diasingkan santan cair dan santan pekat
3 biji kentang
2 batang serai dititik
5 helai daun limau purut dibuang tulangnya
2 helai daun salam
1 keping asam keping
5 biji cili api diketuk
1 sudu kecil serbuk stok ayam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
Bawang goreng untuk ditabur sekiranya suka
Bahan Kisar:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1 inci lengkuas
1
inci kunyit hidup - saya tambah
1 inci halia
1 inci halia
Cara:
Campur bahan kisar bersama serbuk jintan manis, serbuk ketumbar dan serbuk lada putih.
Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga harum. Masukkan daun limau purut, daun salam, cili api dan serai.
Tambah ayam. Masak ayam sehingga airnya habis keluar.
Masukkan santan cair. Masak sehingga ayam separuh masak. Masukkan pula kentang, stok ayam dan santan pekat.
Apabila kentang empuk, tambahkan asam keping.
Kuah mestilah agak pekat. Pandai-pandailah adjust supaya santan tidak terlalu banyak.
Okay rasanya sedap...sesuai dengan selera kami. Saya guna santan yang rendah kolestrol, jadi bila Cik Suami tahu saya guna santan rendah kolestrol, baru dia berani hirup kuahnya...:)
Opor Ayam di hidang bersama ulam dan sambal tempoyak.
Wassalam...
Waaa... sedap ni makan dgn nasi panas2...
ReplyDeleteterliur!
ReplyDeletesedapnyer marsita... sekali pandang nampak mcm kurma je kan... tp mesti rasanya lain kan..
ReplyDeletesalam Mar..
ReplyDeletejarang masak opor bole try esuk lusa resepi Bundo mmg hebat kan
TQ Kak G, Mrs Eady.
ReplyDeleteKak Madiha, mmg rupanya macam kurma tapi rasa tak sama.
ReplyDeleteBetul3x Kak Noor:)
ReplyDelete