Apam Nasi Sejuk aka Apam Beras

Sunday, September 07, 2014


 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

 Nasi semalam berbaki cukup-cukup dua cawan. Dah lama jugak tak buat apam beras ni. 
Pagi tadi sarapan pun agak ringan, boleh juga apam ni dibuat kudapan sementara tunggu tengahari. Rasanya sedap dan resepinya cukup mudah.

Apam Nasi Sejuk
Print Recipe

Bahan:

2 cawan nasi sejuk
2 cawan air
1 1/2 cawan gula
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 packet mauripan@ibu roti @ 1 sdb yis kering
pewarna – ikut suka
1/2 sdt garam halus

kelapa parut dan garam – gaul ( kalau nak tahan lama kukus sekejap)

Cara:

Masukkan nasi dan air ke dalam blender dan kisar sampai hancur.
Masukkan gula dan kisar lagi hingga gula hancur.
Di dalam mangkuk lain, masukkan tepung gandum, tepung beras dan mauripan. Sebatikan.  Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam mangkuk yang mengandungi bahan kering. Kacau menggunakan senduk kayu atau spatula. Masukkan garam halus dan kacau lagi hingga sebati.
Jika ingin memasukkan pelbagai pewarna, bahagikan adunan mengikut bahagian yang ingin diwarnakan.
Perap adunan selama 3 jam.
Panaskan pengukus dan lumurkan sedikit acuan dengan minyak supaya tidak melekat dan senang di keluarkan.Kukus selama 15 min.
Bila dah sejuk..bolehlah dimakan bersama kelapa parut tadi.


Selamat Mencuba!

1 comment:

  1. sedapnya apam beras.lama tak buat padahal resepi senang je .kaler tu sgt cantik

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS