Dah lama menyimpan hasrat nak buat Mango Float ni. Apatah lagi baru-baru ni musim mangga Harumanis, ramai pula rakan-rakan FB dan blogger dok menayang Mango Float masing-masing di ruangan maya.
Kakak saya yang menetap di Pulau Pinang datang berkunjung baru-baru ni
membawa dua biji buah mangga, bukan mangga Harumanis tapi mangga yang besar gedabak tu, saya tak pasti nama mangganya sebab saya tahu makan aje hihi. Tapi yang pastinya, rasa mangga tu memang manis dan rangup aje. Sesuailah kalau nak buat mango float, bila dah dilapisi dengan krim dan disejukkan nanti tak adalah dia 'benyek" atau lembik atau "mushy" dalam bahasa kampungya.
Sebaik saja dapat mangga tu, terus saja keluarkan Non UHT whipping cream/fresh cream
dari peti beku dan letakkan ke bahagian chiller. Keesokannya, selepas kakak meneruskan perjalanannya ke Kampar, saya pun terus buat mango float ni. Saya buat untuk dua adunan cream cheese. Dapatlah saya lima bekas yang bersaiz 4x4x3 inci dan dua bekas yang bersai 3x3x2 inci. Alhamdulillah, cukup-cukup aje adunan krim untuk dua biji mangga tu.
Saya bekalkan tiga bekas buat kakak bila dia singgah lagi dalam perjalanana balik
ke Pulau Pinang. Selebihnya buat dessert kami sekeluarga.
ke Pulau Pinang. Selebihnya buat dessert kami sekeluarga.
Resepi asal Mango Float ni dari blog Rahel , yang saya CNP dari Wan Muhammad Syafiq
tuanpunya blog Syapex Kitchen. Saya kongsikan di sini pula untuk rujukan.
Mango
Float Cara Baru
Sumber
: Syapex Kitchen
Bahan:
Buah mangga
secukupnya-dipotong dadu atau sesuai selera
Biskut marie
secukupnya
Sedikit serbuk
biskut marie
200ml susu
segar
250g cream
cheese
140g fresh
cream - dipukul hingga kental
60ml double
cream
60g gula
kastor - saya kurangkan 15 g
Jar atau bekas
7'' - saya guna bekas bersaiz 4x4x3
Cara:
Putar cream cheese bersama gula kastor sehingga
licin.Tambahkan double cream.Gaul rata.
Tambahkan pula fresh cream.Gaul rata. Isikan ke dalam bag
piping. Sediakan jar atau bekas 7''.
Paipkan sedikit krim ke dasar jar.Celupkan biskut ke dalam
susu segar.Susun di atas krim dalam jar tadi.Kemudian letak la potongan buah
mangga di atasnya.Kemudian paipkan lagi krim di atas mangga tadi.Buat seperti
ini 2-3 kali. Last di atas ialah potongan mangga.Taburkan sedikit serbuk biskut
marie di atasnya.
Simpan di dalam peti sejuk 1-2 jam atau semalaman sebelum
dihidang.
Memang teramatlah yummy nya Mango Float ni. Tak adalah rasa muak sangat dengan adunan krim tu bila diseimbangi dengan rasa dan tekstur dari buah mangga tersebut. Tak rugi dan memang berbaloi-baloi membuatnya.
Selamat Mencuba!
Gambarnya cantik tambahlah memikat mata dan selera:)
ReplyDeleteNyum..nyum... terliooorrr.....!!
ReplyDeleteSalam kak mar.... nyummm!!!! mmg nmpk sgt menggiurkan manga float nih.. sesuai la wat musim pelam byk nih.
ReplyDeleteFirst time nampak resepi macam ni. thanks !!! Ada idea nak buat dengan mangga kat rumah.
ReplyDeletebole sy tau yg fresh cream puan guna tu jenis yg tawar ke manis. sy ada beli fresh cream jenama value pride. sy risau kalau sy guna fresh cream value pride nanti manggo float jadi terlebih manis sbb setahu sy value pride memang dah manis
ReplyDelete