18th. Anniversary

Monday, December 30, 2013



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Diam tak diam 18 tahun sudah kami melayari bahtera ini. Sama seperti pasangan normal yang lain, suka-duka, pahit manis semuanya kami telah tempuhi dan rasai. Alhamdulillah, apa pun jua rintangan yang datang, kami laluinya dengan tabah.


Syukur Alhamdulillah diberikan rezeki yang murah dan anugerah kesihatan yang baik. 
Moga jodoh kami berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Terima kasih buat suamiku yang sentiasa memahami dan menerima diri ini seadanya. Daku amat menghargainya. Terima kasih juga kerana menjadi ayah yang penyayang pada anak kita dan juga menjadi suami yang baik dan bertanggungjawab buatku serta menjadi anak yang soleh pada ibumu. Doaku saban waktu moga kita semua sentiasa dalam perlindungan dan dibawah rahmat Allah SWT senantiasa. Amin...


Wassalam...

4 comments:

  1. Selamat ulangtahun perkahwinan kak....moga kekal hingga jannah....😊

    ReplyDelete
  2. Amin..amin yaa Rabbal 'Alamin...

    ReplyDelete
  3. Salam kak mar.. wah.. dh 18tahun ye.. happy anniversary kak.. semoga kasih sayang berkekalan dan peroleh keberkatan dariNya..

    ReplyDelete
  4. Congratulations and Happy Anniversary! Wishing both of you many, many more happy and loving years to come!

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS