Salam Syawal...

Thursday, August 22, 2013


Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Lamanya tak menulis diblog ku ini....nak kata sibuk sangat-sangat pun tak juga. Cuma belum ada kesempatan untuk berblogging. Ada juga jengah-jengah ke blog kawan-kawan tapi maaflah ya kerana singgah tapi tak sempat beraya hi hi.


Rasanya belum terlambat untuk saya turut mengucapkan Salam Syawal buat rakan-rakan tak kira jauh mahupun yang dekat. Syawal buat saya kali ini memang simple habis. Tak ada buat kuih raya pun. Nasib baik kakak saya (Angah) yang dikasihi bermurah hati menghulurkan beberapa jenis kuih raya semasa pulang ke Seremban pada hari mantai baru-baru ni. Sedap-sedap pulak tu kuihnya. Dan habis dah pun kuihnya tinggal sejenis aje lagi. Kakak saya pun turut menitipkan kuih tat nenas yang pertama kali dicubanya dari resepi CMG katanya. Walawei memang sedap tat nenas tu. Makan tak hengat.  Sekali makan saya dah dapat mengagak jenis tepung yang digunakan. Patutlah bila makan cair dimulut tak macam setengah-setengah tu terlalu rapuh. Apa-apapun terimakasih Angah, tahun depan huluq lah lagi :).


Seperti biasa raya pertama, lepas solat AidilFitri, kami adik-beradik pakat-pakat beraya ke rumah pakcik sebelah arwah mak saya. Arwah mak merupakan anak perempuan tunggal, jadi saya hanya ada pakcik aje lah. Sebelah arwah bapa pulak, ramai yang telah tiada, yang ada pun tinggal berjauhan jadi tak berkesempatan lah nak beraya bersama.  Lewat petang bila dah habis beraya di Seremban, saya dan suami berangkat balik ke Ipoh, beraya sebelah keluarga suami pulak. Ini lah rutin kami setiap kali Syawal. 


Raya ke dua tahun ni mak (mertua) mengadakan kenduri Tahlil buat keluarga. Suasana lebih meriah dari biasa sebab boleh katakan semuanya ada. Nampak gembira sangat mak bila semuanya dapat berkumpul. Namun saya tak boleh lama di kampung kali ni seperti raya di tahun-tahun yang lepas sebab harus segera pulang, raya ke-3 saya dah pun berada di rumah semula...kerana ada tugasan menanti....

Saya harus berundur diri dahulu, salam manis penuh kemesraan dari saya buat teman semua...


Wassalam...

5 comments:

  1. Di rumah mak mertua Aina di Bota Kiri pun sama biasanya hari raya kedua atau ketiga bila semua anak2 berkumpul akan buat majlis tahlil.

    ReplyDelete
  2. salam aidilfitri maaf zahir & batin buat marsita sekeluarga..

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS