Milo & Oreo jelly yang heaven...

Friday, July 05, 2013



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Apa khabar teman semua? Semoga dihari Jumaat yang penuh  barakah ini kita sentiasa berada di bawah limpahan rahmat dariNya. Tak lama lagi puasa dah nak mula. Sebelum terlupa, saya ucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadan yang mulia. Semoga kita di kurniakan kesihatan yang baik untuk menyempurnakan ibadah puasa nanti.

Pagi tadi, subuh-subuh sepiii dah pergi ke sekolah dekat dengan rumah ni. Bukan hantar anak sekolah tapi hantar pavlova order dari customer hi hi. Petang semalam teman tu order untuk dirinya sendiri. Pagi ni, dia order untuk rakan sepejabatnya. Jumpa dia pagi ni, sambil trsenyum,"Sedaplah kak Pavlova tu," katanya. Alhamdulillah....risau jugak, sebab dia tak pernah  makan sebelum ni. Saya siap explain kat dia , rasa dan tekstur base Pavlova. Tekstur sebenarnya sepatutnya rangup diluar tapi lembut macam marshmelow di dalam. Tapi yang saya buat ni rangup luar dan dalam tapi bila makan dia cair di mulut, tak yah kunyah pun. Banyak kali juga saya cuba buat sebelum berani menjual. Banyak jugaklah egg white yang dibazirkan...akhirnya 3x cuba barulah dapat tekstur yang dikehendaki. Cik HB dan saya sendiri tak berapa suka yang teksturnya seperti marshmelow tu. Jadi akhirnya saya membuat keputusan nak jual yang rasanya rangup. Amboi panjangnya celoteh.

Entri kali ni Milo & Oreo Jelly ni kira eksperimen jugaklah. Eksperimen untuk dijual sebagai juadah berbuka bulan puasa nanti. Resepi ni saya perolehi dari Along Roz. Izinkan saya kongsikan di sini pula ya.



 Heavenly Milo & Oreo Jelly
Sumber :
AlongRoz
(Print Resepi )

Bahan:

1 bungkus agar2 serbuk (10gram)
750ml air
160g gula
1 tin susu cair (400ml)
3/4cawan milo
satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2 lapisan sandwich

Cara:

Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain.Campurkan milo kacau hingga sebati.
Tuang satu cawan milo ke dalam acuan. Manakala bakinya panaskan dgn api kecil supaya tidak membeku.
Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.

Tips Melapis :

Jangan tunggu lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak akan melekat.
Jika lapisan telah membeku, guriskan permukaan dgn garfu dan tuangkan lapisan seterusnya.
Pastikan adunan masih panas ketika menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dgn elok.


Memang heaven jelly ni, sesuai lah dengan namanya.


 Wassalam...

8 comments:

  1. waaa....sedapnyerr...sedapnyerr...leh try wat ramadhan ni

    ReplyDelete
  2. salam ita..lama akak x kemari..moga sihat ceria selalu ye! tahniah sbb dh stat bisnes kek..puding oreo alongroz tu dh lama save resipi tp tak terbuat2 lagi..hehe!

    ReplyDelete
  3. Slm kak ..zila pn keep lma dh resepi nie ..msh lom buat..tggu pose nnt la..

    ReplyDelete
  4. ini klau anak2 sy dpt kak...orea tu yg hilang dlu...klau bli nak buat apa2 guna orea..msti kena sorok...klau x...mmg habissss...

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS