Mascarpone Cheese

Sunday, March 17, 2013



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Mascarpone ( disebut sebagai  Mas-car-po-nay )  sejenis Italian cream cheese yang lembut bukan saja dari segi tekstur malah rasanya juga tak begitu tajam. Rasanya lebih lembut dari cream cheese yang lain dan kalau dibuat perbandingan teksturnya selembut antara butter dan cream cheese. Malah ada diantara penternak lembu tenusu memberi lembu mereka makan bunga dan herba bagi menghasilkan mascarpone yang segar dan berbau harum.

Mascarpone juga cream cheese yang paling sesuai untuk dibuat Tiramisu.
Siapa-siapa yang pernah buat Tiramisu mesti berfikir 2-3 kali samaada nak menggunakan Mascarpone kan?.....Saya juga  :). Bukan sebab ianya sukar di dapati kerana banyak dah pasaraya yang menjual cream cheese ini. Tetapi kerana bukan sahaja harganya yang tersangatlah mahalnya tapi juga kandungan lemaknya yang sangat tinggi iaitu 60-70%. Tengok kat Sini kalau nak tahu lebih lanjut tentang fakta nutrisinya...scary kan? Bayangkan cuma 57g dah 200 kalori. Saya  berjalan kat threadmill sejauh 2km ( 40 minit ) pun baru dapat bakar 60 kalori. Itupun bukan hari-hari saya buat. Keh keh...Ikut mood aje. Bayangkan kalau saya makan 57g mascarpone..macamana lah 140 kalori lagi saya nak lunaskan? 

Bukan sahaja mascarpone malah cream cheese yang lainnya pun mempunyai kalori yang tinggi iaitu 150-170 dalam setiap 57g. 

Lalu saya google pulak subsitute untuk mascarpone cheese...emmm wal hasil balik asal...sama aje malah lebih menambahkan lagi kandungan kalorinya ...ooo tidakkkk!


How to Make a Mascarpone Cheese Substitute:

Combine one full-fat 8-ounce package of cream cheese, ¼ cup heavy whipping cream and 2 ½ tablespoons of full-fat sour cream. Scale up to make as much as needed.


Kesimpulannya...Tiramisu bukanlah dessert yang baik....sepotong Tiramisu mengandungi secara puratanya 600 kalori. Waaaaaa.Tapi macamana kalau ada yang masih teringin nak makan walaupun " once in a blue moon ". Boleh aje...google aje dengan carian healthy tiramisu atau kalau nak lebih sihat lagi  dengan carian eggless tiramisu. Semuanya menggunakan reduced fat cream cheese contohnya   Di Sini. Mana bahan yang non-halal tu adjust lah ya.

So far saya tak pernah nampak lagi reduced fat cream cheese kat pasaraya mungkin sebab tak pernah cari :). Kalau ada rakan-rakan yang nak mencuba healthier version tiramisu atau healthier version of apa saja lah kek yang menggunakan reduced fat cream cheese...kongsikan lah hasilnya ya...

Wassalam....

10 comments:

  1. tirami su la sedap kak....mna bole mkn sepotong...maunya berpotong potong....x pe la kut....bkn selalu mkn kan....sekali sekala je...:-)

    ReplyDelete
  2. sedapnya tiramisu akak likeeeee tapi jarang buat sbb malas yg rajin makan je heee

    ReplyDelete
  3. Fuhh tingginya kalori... Mkn sepotong tiramisu.. Kena lupakan sepinggan nasi n lauk pauk.. Huhu.. Tp masalahnya org mkn tiramisu lps mkn... Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pakat2 ternak lemak lah kita:)

      Delete
  4. Mas, I think reduced fat cream cheese might not taste as good. After all, we don't eat this very often so bantai lah the full fat! Hee..hee...And thanks for sharing the mascarpone substitute. I just saw a small tub at Aeon RM24.99. Pengsan!

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Tiramisu...sedap kak,walaupun sy buat guna cream cheese biasa..
    sepotong 600 kalori??...hebat ye...
    tapi klu dah ngadap,buat2 lupa..hehe..adeh..

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS