Ulangtahun Perkahwinan ke-17....30hb. Dis, 1995

Sunday, December 30, 2012

Assalamualaikum...,


Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT, kerana terus dikurniakan rezeki yang murah dan anugerah kesihatan yang memuaskan. Semoga jodoh ini berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Buat suami tercinta Khalid b. Ismail,  Terima kasih kerana sentiasa memahami dan menerima diri ini seperti seadanya. Daku amat menghargainya. Terima kasih juga kerana menjadi ayah yang penyayang dan penyabar kepada anak kita serta menjadi suami yang baik dan bertanggung-jawab buatku, serta menjadi anak yang soleh dan taat pada ayah dan ibumu. Doaku setiap  waktu moga kita semua sentiasa berada di dalam perlindungan dan di bawah rahmat Allah SWT sentiasa.


  Bismillah ir-Rahman ir-Rahim


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...

Kau ampunilah segala dosa-dosa yang telah aku lakukan
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental & fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista & keji
Kau kuatkanlah semangatku untuk mnempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..


Ya Allah   
Sesungguhnya suamiku ini adalah pilihanMu di Arash,
Maka berikanlah aku kekuatan & keyakinan untuk terus bersamanya..
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbingku di atas titianMu,
Kurniakanlah aku sifat kasih & redha di atas segala perbuatannya..
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di Al-JannahMu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk tawaduk akn segala perintahnya..
Sesungguhnya suamiku ini adalah yang terbaik untukku,
Maka peliharalah tingkah-laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya..
Ya Allah Ya Tuhanku, Rahmatilah jodoh ini
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah & ragamnya..

Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu,
Limpahkanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya...
Sekiranya suamiku mencintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar daripada terus terlena..

Ya Allah,
Engkau yang Maha Mengetahui akan apa yang terbaik untukku..
Engkau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan & keterlanjuranku..
Sekiranya aku tersilap dalam membuat sebarang keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai...
Sekiranya aku lalai dalam menjalankan tangungjawabku sebagai isteri,
Engkau hukumlah aku di dunia, tetapi bukan di akhiratMu..
Sekiranya aku engkar & derhaka,
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu..

Ya Allah..Sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa rahmatMu..

Kuatkanlah hati & semangatku,
Tabahkanlah aku menghadapi segala cubaan dariMu..
Jadikanlah aku isteri yang disenangi oleh suamiku..
Bukakanlah pintu hatiku untuk menghayati agamaMu..
Bimbinglah aku agar menjadi isteri yangg solehah..
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan..
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu..
Kerana aku sedar betapa hinanya diriku..
Kerana aku seorang insan yang kerap keliru..
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu..
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranmu..
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yg sentiasa di hati suami...

Amin amin Ya Robbal Alamin... (Sumber: Google)

“Jika seorang suami memandang isterinya kemudian sang isteripun memandangnya, maka Allah memandang mereka dengan pandangan kasih sayang. Jika suami merangkul tangan isterinya, maka dosa mereka akan berjatuhan dari sela-sela jari mereka.”


Tiada yang istimewa disediakan untuk meraikan hari Ulangtahun ini cuma sebiji "Butter Cake with Cheese Filling and Frosting" serta hidangan malam yang ringkas sahaja...

Nanti saya kongsikan resepinya kemudian...:)


Wassalam...


11 comments:

  1. Tahniah...moga berbahagia hingga akhir hayat

    ReplyDelete
  2. Tahniah.Happy anniversary...semoga berkekalan jodoh hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  3. Terimakasih Ena.
    Terimakasih Norzie.

    ReplyDelete
  4. hepi anniversary...
    tahniah ..moga kekal ke akhirnya

    ReplyDelete
  5. hepi anniversary wat kalian berdua moga cinta kasih sayang kalian akan kekal mekar selama2nya..amin! tahniah ye!

    ReplyDelete
  6. happy anniversary Mar semoga kekal bahagia hingga ke ujung nyawa bersama suami tercinta

    ReplyDelete
  7. MAr..happy anniversary...semoga jodoh berkekalan hinga selamanya...amin... :)

    ReplyDelete
  8. Jemput join MAGGI contest kat blog mieza :)

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS