Rendang Ikan Tenggiri

Wednesday, September 12, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pejam celik  pejam celik Raya dah dekat nak melabuhkan tirainya..tak lama lagi Raya Haji pulak menjelma. Tapi rasanya masih ada lagi yang mengambil kesempatan saki baki hari yang tinggal ni untuk mengadakan rumah terbuka. Kadang-kadang banyak sangat tapi raya dah nak habis sampai membawa ke lepas raya pun masih ada lagi yang mengadakan rumah terbuka.


Ikan Tenggiri ni merupakan ikan yang dulunya memang jarang...jarang saya beli. Sebab masa Kiki kecil dia tak makan ikan dan suami pulak tak biasa dengan ikan ni. Tapi kalau di NS, ikan ni memang merupakan ikan yang digemari dan selalu menjadi hidangan sewaktu kenduri dan selalunya dimasak masak lemak cili api atau asam pedas. Memang kow..nak-nak kalau masak lemak cili api tu di campur ngan sayur peria. Saya mula membeli ikan ni sejak Kiki suka makan ikan. Kiki suka ikan yang banyak isi seperti juga ikan bawal dan beberapa jenis ikan sungai.

Tapi Kiki tak berapa suka masak lemak cili api walaupun saya teringin sangat nak buat. Kiki lebih menggemari kari berbanding masak lemak cili api (maklumlah waktu kecil, di jaga oleh pengasuh berketurunan mamak semasa menetap di Kulim). Tapi sebab dah selalu sangat buat kari ikan, kali ini saya cuba sesuatu yang Kiki tak pernah rasa, Rendang Ikan Tenggiri. Sambutannya...kalau habis dia bedal tinggal serdak aje tu maknanya dia sukalah walaupun bila saya tanya dia suka jawab "suka hati mak lah". Macam tu lah jugak bila saya tanya..."Kiki, suka ke masak ikan macam ni?", dia jawab, " Suka hati mak lah." Eee geramnya saya ngan anak bujang sorang ni. Agaknya pada dia atau pada budak zaman sekarang ni kalau dia cakap " suka hati mak lah" maknanya dia sukakan sesuatu yang kita buat atau setuju dengan apa yang kita cakaplah kot...Ish, susah nak faham budak generasi Y ni lah ^..^.



Rendang Ikan Tenggiri ni saya masak untuk makan malam Jumaat lepas. Survey kat peti ais tengok yang ada stok ayam, tulang, daging dan ikan tenggiri. Minggu lepas belum ada masak ikan lagi. Daging banyak sangat kang kolesterol naik pulak. Tak lama lagi ada medical check up, tak pasal-pasal je kena sound ngan doktor nanti.

Resepi rendang ikan ni saya google dari Myresepi dari Ekin Nahar. Saya tak lah ikut sukatannya bulat-bulat tapi agak-agak je. Mana yang terlebih atau terkurang kita adjustlah bagi rasanya seimbang.


Rendang Ikan Tenggiri 
Sumber: Ekin Nahar  (Myresepi)

Bahan:

700 gm ikan tenggiri
Minyak untuk menumis
250 gm kerisik
500 gm santan
2 helai daun kunyit (dihiris halus)
Sedikit daun limau purut
20 gm gula melaka- saya guna brown sugar
Sedikit garam

Bahan kisar:

20 gm cili kering
15 gm cili padi
80 gm bawang besar
20 gm bawang putih
20 gm halia
20 gm lengkuas
20 gm kunyit basah
20 gm serai

      Cara:

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.

Masukkan kerisik, masak dalam 5 minit, dan masukkan santan serta ikan tenggiri. Masak lebih kurang 10 minit dengan api perlahan.

Akhir sekali masukkan garam, gula melaka, kacau rata. Setelah itu masukkan daun kunyit serta daun limau purut.

Setelah masak sedia dihidangkan bersama nasi panas. 

Nota: Saya goreng ikan separuh masak terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam kuah.
Saya buat kurang pedas sebab nanti anak tak tahan pulak.


 Wassalam

2 comments:

  1. Salam kak! selamat pagiiiiii :D kompem sedap kalau namanya rendang, ikan tenggiri lah pulak tuuu bestnyer! makan ngan pulut kuning sedap ni kak hihihi...

    ReplyDelete
  2. Salam dik Ija,
    emm, akak masak 6 ketul, 3 ketul anak akak sebat dah, lagi 3 mak ayah dia makan...habis semua tinggal serdak aje hari tu...

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS