Showing posts with label SPAGGETTI. Show all posts
Showing posts with label SPAGGETTI. Show all posts

Spaghetti Chicken Ball

Thursday, March 21, 2013



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Semoga kita semua sentiasa dalam limpahan kurniaan Allah SWT hendaknya. Amin...

Spaghetti...emm kalau saya makan ni kena ada 2-3 ketul cili api dalam pinggan. Makan dia, lepas tu gigit cili api...kalau tak, tak berapa jalan. Ate ( sebut loghat Perak ya), lidah udah lidah Melayu nak makan Italian...mana mau yerk? Habih, takkan nak buat sos spaghetti guna tempoyak pulak kan. Eh... buleh gak traiii guna tempoyak...rasa dah ada masam-masam cam tomato...tinggal bau ajelah. Nak traii boleh ni, Spaghetti...yak keh keh. Abih dicarut dek Giada @ Home sebab derhakakan resepi nenek-moyang dia. Apa aje aku dok merapu nih.


Sebenarnya, mee spaghetti dan minced chicken ni dah lama kedapatan kat dapur...nak goreng nampak gaya nanti saya aje yang kena perabih. Lalu, beberapa hari lepas, Encik HB ada function jadi tinggal kami dua beranak aje. Tanya anak, nak makan apa malam ni... mak buat spaghetti dengan chicken ball nak? Dia kata okay...so saya pun okaylah.

Saya hentam aje buat chicken ball ni.. Main letak aje semua jenis serbuk yang ada kat dapur tu..Tinggal serbuk papan aje saya tak letak. Tapi kalau dia ada rasa pun mau saya letak gak kot, keh keh. Masa nak up-date entri baru saya check kat Google...mana tahu main boh aje kang merapu pulak. Tapi mujur tak lari dari resepi-resepi yang ada...okay gak...Mula-mula risau gak kot-kot dia lembik sebab tak letak kuning telur tapi mujur elok aje. Lepas bakar, bila tekan ngan jari, toik dia naik balik. Malah rasa chicken ball ni pun not bad...lembut dan gebu cam cekodok pun ada. Mungkin sebab guna serbuk cornflakes (nak perabih stok cornflakes). Kalau dapat makan ngan sos yang macam kat Ikea tu pun okey gak ni. Okaylah, resepinya kat bawah..:-

Healthy Chicken Ball
Print resepi ) 

Bahan:

600g ayam hancur
2 ulas bawang putih – tumbuk @ hiris halus *
1 sb daun basil  yang di racik halus *
1 sk oregano kering *
1 sdt serbuk lada hitam*
1 sdt serbuk paparika*
½ sdt serbuk lada putih*
1 cwn cornflakes – hancurkan *
1 sdt sos Lea Pearrins - opt
2 sb sos tomato
Garam secukup rasa

Cara:

Campurkan semua bahan bertanda * dan gaul rata.

Masukkan ayam hancur, sos tomato dan garam. Gaulkan hingga sebati saja. Bulat-bulatkan ikut saiz yang disukai. Letakkan di atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak atau griskan dulang dengan butter.  Biarkan dalam peti sejuk selama 1-2 jam. Panaskan oven pada suhu 200 Celcius  dan bakar selama 15-20 minit @ ikut kesesuaian oven masing-masing. Saya bakar guna kepanasan atas dan bawah tapi letak rak pada aras paling bawah. Jangan terlalu garing sebab nanti chicken ball tu tak moist pulak. Kalau suka boleh juga tambah cheese dalam campuran. 


Sos spaghetti masih menggunakan resepi yang sama seperti yang pernah dicuba sebelum ni.

Wassalam...

Spaghetti Meatball

Thursday, December 27, 2012


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
Apa khabar teman semua? Semoga ceria sentiasa. Lega...sebab segala kelengkapan anak nak sekolah nanti dah siap semuanya.


Sejak tengok adik Zila pamerkan Spaghetti Bolognese awal December lepas memang teringin nak buat. Kebetulan lama tak buat. Tapi tekak orang Melayu ni dah biasa ngan sambal belacan ngan asam pedas kan, bila buat spaghetti pun nak kena pedas jugak. Kalau tak alamat...muak le anak tekak.


Dah biasa ngan spagetti sauce yang saya selalu buat...jadi saya ulang resepi yang sama lah..mudah dan cepat.  Cuma resepi untuk meatball aje saya rujuk ke blog Cooks.com dan olah semula mengikut selera.

Spaggeti Meatball
Sumber: Cooks.com
Olahan: mymintroom

Bahan untuk Meatball:

400g daging hancur/minced beaf
1bj telur - kocokkan sedikit
2 keping roti dikisar
2 sdb dried Italian parsley
1 bj bawang putih, cincang
1/2 sdt. Italian seasoning (basil, oregano, thyme)
1 sdt. serbuk lada hitam
1/2 cwn Parmesan cheese yang disagat
2 sdb sos tomato
Garam secukup rasa

Cara:

Pukul telur dengan whisk sebentar dan masukkan roti yang dikisar (bread crumb) dan kacau. Masukkan bahan-bahan lain dan gaul hingga sebati. Bulat-bulatkan, letak atas dulang pembakar dan masukkan dalam peti sejuk selama setengah jam.

Panaskan oven pada 220 C dan bakar selama setengah jam atau hingga permukaannya keperangan. Ketepikan.

Bahan untuk Sauce:

200 g daging hancur
6 bj tomato - setiap satu dibelah dua
1 bj bawang besar - dibelah 2
2-3 sdb cilikering yang dikisar
Cendawan butang secukupnya - kali ni saya ommit sebab tiada stok
1/4 cwn olive oil - untuk menumis
3 bj bawang putih - dihancurkan
Garam secukup rasa
1 1/2 sdt daun basil kering
1/4 sdt serbuk lada hitam
1 tin tomato puri atau Italian tomato paste
1 sdb gula (optional)
1 pkt. spaghetti
Parmesan cheese - disagat

Cara:


Panaskan oven pada 200 C dan grilkan buah tomato dan bawang besar  selama 40 minit atau hingga perang (caramelized). Sejukkan dan kisar halus. Ketepikan.

Dalam periuk, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan daging hancur. Masukkan garam dan lada hitam.Teruskan menumis selama 5 minit atau hingga daging agak keperangan. Masukkan daun basil. Kacau sebentar dan masukkan tomato paste serta tomato dan bawang yang dikisar tadi. Masukkan setin air (guna tin tomato paste tadi). Masak hingga didih. Selepas didih, teruskan masak dengan api perlahan hingga kuah pekat. (terpulang pada citarasa untuk kepekatan yang digemari). Sebelum tutup api seimbangkan rasa garam dan gula (jika suka) dan masukkan meatball tadi ke dalam sauce. .

Untuk spaggeti - Masak ikut arahan pada label hingga ia "al dente" dan toskan. Lumurkan dengan sedikit minyak zaitun dan 2 sdb butter.

Untuk hidang - letakkan spagetti dalam pinggan, letakkan meatball dan sauce, taburkan cheese.

Wassalam...
 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS